web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sasaran Nilai Rampasan RM1 Bilion Berjaya Dicapai, PDRM Komited Laksana Operasi Berkualiti 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 5:28PM

Hazani Ghazali - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mencapai sasaran nilai rampasan RM1 bilion, menerusi pelaksanaan pelbagai operasi.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, antara operasi dilaksanakan termasuk Op Kontraban, Op Tiris dan Op Bersepadu Khazanah melibatkan rampasan makanan sejuk beku, ubat-ubatan palsu, barangan tidak berkastam, hidupan liar dan pelbagai barangan kawalan lain.

Menurut beliau, 7,033 serbuan telah dijalankan bagi sepanjang 1 Januari hingga semalam, membabitkan kerjasama pelbagai agensi seperti Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP).

“Serbuan dan operasi ini berjaya menahan 5,099 individu dengan nilai keseluruhan rampasan melebihi RK920 juta. 

“JKDNKA amat komited dalam membantu semua kementerian dan agensi kerajaan, khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM),” katanya.

Jelas Hazani, komitmen tersebut  akan diterjemahkan menerusi pelaksanaan operasi berkualiti dalam memastikan pelbagai isu ketenteraman dan keselamatan awam dapat ditangani.

“JKDNKA sentiasa komited dam fokus dalam memerangi kegiatan penyeludupan barangan tidak berkastam, penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi bagi memastikan khazanah negara serta ketenteraman awak sentiasa dilindungi dan terus terpelihara.

“Penglibatan dan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat kepada pihak polis amat digalakkan, agar kegiatan jenayah seperti ini dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya. - Getaran, 1 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad