web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengguna MySejahtera Kini Boleh Daftar Untuk Terima Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2021 12:55PM

Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mereka yang berhasrat untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 sudah boleh berbuat sedemikian melalui aplikasi MySejahtera meskipun pengimunisasian membabitkan golongan 18 tahun keatas itu akan bermula pada Mei.

Dalam kemaskini terbaru aplikasi tersebut, satu ikon “Covid-19 Vaccination” telah ditambah pada paparan utama yang membolehkan pengguna mendaftar untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula semalam.

Program tersebut, yang diawalkan dari 1 Mac, dijadualkan bermula hari ini di mana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah akan menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech yang diperoleh Ahad lalu.

Setelah membuat pengesahan nama penuh, nombor MyKad dan nombor telefon, pengguna MySejahtera akan diberitahu tentang fasa pertama program pengimunisasian kebangsaan yang hanya membabitkan petugas barisan hadapan.

Pengguna juga boleh meneruskan proses pendaftaran program tersebut dengan menjawab empat soalan berkenaan dengan sejarah penyakit dan tempat tinggal.

Fasa pertama program pengimunisasian kebangsaan ini akan melibatkan 500,000 petugas barisan hadapan dan dijangka berakhir pada April.

Fasa kedua pula akan membabitkan 9.4 juta individu yang terlibat dalam sektor perkhidmatan penting, warga emas dan golongan kumpulan rentan akan bermula dari April hingga Ogos.

Fasa ketiga yang menyasarkan 13.7 juta individu berumur 18 keatas akan bermula Mei hingga Februari 2021.

Walaupun Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkonsep sukarela, masyarakat disarankan untuk mendaftar supaya imuniti berkelompok dapat dicapai. – Getaran, 24 Februari 2021.

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad