web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bersediakah Rakyat Untuk Merentas Negeri?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 8:10AM

Pakar-pakar kesihatan bimbang akan risiko penularan kes sekiranya kelonggaran rentas negeri diberikan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bahawa kerajaan akan memberikan kebenaran untuk meretas negeri apabila kadar vaksinasi populasi dewasa negara mencapai 90 peratus pastinya khabar gembira yang cukup melegakan rakyat.

Walaupun keputusan berhubung perkara berkenaan belum dimuktamadkan, kata-kata pemimpin kerajaan itu seperti harapan bagi rakyat melakukan perjalanan dan aktiviti melangkaui sempadan negeri, terutama untuk pulang ke kampung halaman bertemu keluarga.

Bagaimanapun, wujud kebimbangan dalam kalangan pakar kesihatan dan perubatan awam berhubung tahap keselamatan orang ramai serta risiko penularan kes sekiranya kelonggaran rentas negeri diberikan.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, berkata rentas negeri boleh dilaksanakan sekiranya sasaran ditetapkan kerajaan sudah dicapai, namun aktiviti di sebalik kebenaran itu harus dikawal.

Katanya, jika tujuan rentas negeri adalah sekadar pulang ke kampung bertemu ibu bapa, anak-anak dan keluarga, tindakan itu tidak berisiko membawa masalah pada masa depan.

Bagaimanapun jelas beliau, kerisauan berhubung kemungkinan berlaku peningkatan jangkitan adalah apabila individu merentas negeri untuk menghadiri keraian yang membabitkan acara besar, berkumpul dalam kuantiti ramai dan berada di tempat sesak.

“Kalau kita sudah capai sasaran, seperti kadar vaksinasi tinggi, boleh rentas negeri tiada masalah. Cuma kena ada kesedaran dan disiplin untuk mematuhi SOP.

“Bahayanya adalah apabila berkumpul ramai di acara besar dan sesak. Setakat balik kampung jumpa ibu bapa, anak dan keluarga tiada masalah,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Mengulas isu sama, Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi & Biostatistik) Universiti Putra Malaysia, Dr Ahmad Zaid Fattah Azman berkata, kerajaan halus memperhalusi keputusan membuka sempadan negeri bagi memastikan pelaksanaan itu benar-benar tepat pada masa ini.

Jelasnya, keputusan membenarkan aktiviti rentas negeri juga harus berpandukan kepada sasaran ditetapkan kerajaan, termasuk membabitkan perincian fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti jumlah kes serius di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, kebenaran itu tidak menjadi isu untuk dilaksanakan sekiranya bersesuaian dengan asas dan sasaran kerajaan berhubung kelonggaran SOP.

“Sekarang, kita tidak boleh tengok berapa jumlah kes jangkitan harian, sebaliknya patut fokus kepada bilangan kes teruk, seperti dirawat di hospital, memerlukan bantuan pernafasan dan unit rawatan rapi (ICU).

“Kita juga harus memberi tumpuan kepada jumlah kematian. Sekiranya kematian masih meningkat dan keterukan tetap tinggi, kita kena tengok balik berhubung keputusan untuk melonggarkan sesuatu aktiviti,” katanya.

Dr Ahmad Zaid Fattah berpendapat, kelonggaran pergerakan harus diutamakan kepada aktiviti atau sektor lebih penting pada sesuatu masa, antaranya pembukaan institusi pendidikan secara bersemuka dan ekonomi.

“Bukan saya tak setuju langsung kelonggaran rentas negeri diberikan atau mengganggap aktiviti ini tidak penting, tetapi saya berpendapat ia perlu diperhalusi. Pastikan sama ada sesuai atau tidak untuk dibenarkan pada masa sekarang, terutama jika jumlah kes adalah tinggi.

“Jika kebenaran terbabit bertujuan membolehkan orang ramai melancong atau balik kampung, saya berpendapat kurang penting buat masa ini. Banyak lagi aktiviti atau sektor harus dibenarkan operasi,” katanya. - Getaran, 27 September 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar