web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Edar Dadah Di Ladang Kelapa Sawit, 2 PATI Diberkas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2021 6:01PM

2 pati dipercayai suspek pengedar dadah ditahan di ladang kelapa sawit, Batu 10, Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU : Dua pendatang asing tanpa izin dari Indonesia ditahan, selepas dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di sebuah ladang kelapa sawit, Batu 10, di sini, kelmarin.

Dalam insiden pada jam 5 petang itu, polis turut merampas sepucuk pistol buatan sendiri dan peluru hidup yang diubah suai dalam sebuah beg milik seorang daripada suspek.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Deputi Superintendan Abd Halim Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung aktiviti pengedaran dadah sebelum melakukan risikan.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota PGA menyerbu sebuah pondok di ladang berkenaan sebelum menemui dua lelaki tanpa dokumen, masing-masing berumur 40 dan 47 tahun.

"Pemeriksaan lanjut berjaya menemui sebuah beg berwarna hitam yang berisi sepucuk pistol buatan sendiri, sebutir peluru dan 20 paket plastik lutsinar berisi dadah seberat 5.36 gram," katanya kepada Getaran hari ini.

Turut ditemui ialah sebilah pisau dan keris, masing-masing berukuran 18 dan 13 sentimeter.

Abd Halim berkata, pihaknya merampas semua barangan tersebut dan menahan suspek bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (ABKLSB 1968).

"Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Imigresen 1959 (PIN 2002), Seksyen 39A(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. – Getaran, 23 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Tembak Pulau Ketam: Suspek Tanya Tentang Bot, Cuba Lari Ke Negara Jiran

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad