Berita Terkini

8 jam yang lalu: COVID: Tujuh kluster baharu dikenal pasti, kluster aktif kini 506 - KP Kesihatan 9 jam yang lalu: COVID: 5,726 kes baharu hari ini, jumlah kumulatif kes kini 2,442,224 - KP Kesihatan 9 jam yang lalu: COVID: 5,607 kes sembuh dilapor hari ini, 598 dirawat di ICU dengan 308 kes perlukan bantuan pernafasan - KP Kesihatan 9 jam yang lalu: Nestlé Malaysia sasar kutip 25 tan bahan kitar semula sebulan 11 jam yang lalu: Sektor perladangan sawit akan terima 32,000 pekerja asing dengan SOP ketat

IKUTI KAMI


KKMM Akan Tubuh Pasukan Kaji Isu Industri Kreatif

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 7:45AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan segera membentuk satu pasukan petugas bagi menjalankan kajian mendalam untuk menyelesaikan isu berkaitan industri kreatif negara.

Menteri berkenaan, Tan Sri Annuar Musa berkata ia juga bagi mewujudkan satu sistem yang membolehkan industri kreatif negara berkembang dengan rangka kerja tersusun dan melonjakkan industri itu ke tahap lebih tinggi.

"Ia bukan hanya soal nak tolong penggiat seni, tetapi untuk melihat industri ini dalam sudut lebih besar dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam konteks memakmurkan negara, memacu ekonomi dan menarik pelaburan," katanya pada program Bersama Annuar dalam Twitter Spaces Bernama Radio: Industri Seni, Memulihkan Yang Terkesan di sini malam tadi.

Perbincangan itu disertai penggiat seni dari pelbagai peringkat termasuk pemimpin persatuan anak seni.

Antaranya ialah Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi; Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez; Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia Ahmad Ibrahim atau Mat London dan Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) Khir Mohd Noor.

Annuar berkata antara misinya setelah keadaan negara pulih daripada pandemik COVID-19 ialah tidak lagi melihat industri kreatif beroperasi seperti biasa, sebaliknya menjadikannya sebagai antara industri terbesar yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dalam pada itu, katanya, penggiat industri boleh memberikan cadangan balas atau teguran kepada kerajaan jika mendapati  ada prosedur operasi standard (SOP) yang tidak munasabah dikeluarkan kepada industri tersebut.

"Kadang-kadang SOP ini dibuat dalam pejabat, tidak tengok secara realiti. Boleh beri teguran atau bawa kepada saya pun, kita boleh ubah suaikan SOP,” katanya sebagai menjawab kegelisahan sesetengah pihak berhubung ketetapan SOP yang menetapkan set penggambaran mestilah berjarak zon selamat minimum satu kilometer daripada kawasan penempatan terdekat.

Freddie pula mencadangkan agar satu sistem kuota diwujudkan kepada stesen radio supaya lebih banyak memberikan masa siaran kepada lagu artis tempatan berbanding lagu antarabangsa.

Bersetuju dengan cadangan itu, Annuar berpendapat perlu adanya dasar atau garis panduan untuk stesen radio agar lebih mengutamakan lagu tempatan berbanding lagu popular antarabangsa bagi melindungi dan memberi insentif serta galakan kepada pencipta, penyanyi dan pemuzik tempatan.

"Jadi kalau boleh saudara Freddie berikan cadangan kepada saya secara formal untuk perincikan apa yang boleh dilakukan.

"Bukan bermakna kita hendak tutup terus lagu-lagu daripada luar tetapi kita harus ada keseimbangan yang munasabah dengan beri keutamaan kepada pencipta, penyanyi dan pemuzik tempatan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Tak Tahan Dengan Isteri, Lelaki Minta Dipenjarakan

2

Mahkamah Benar Najib Pinda Tarikh Pelepasan, Pemulangan Pasport Ke Singapura

3

Warga Malaysia Di Singapura Mahu Pulang, Namun Berbelah-Bahagi

4

13 Penyanyi Berkumpulan Wanita Malaysia Dari 80-an Sehingga Kini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penyelia Tapak, Individu Pertama Dihukum Bawah Enakmen Sumber Air Di Pahang

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Benar Kanak-Kanak Dapat Warganegara Malaysia

Semasa 6 jam yang lalu

Kanak-Kanak Maut, Terjatuh Dari Tingkat 7 Pangsapuri

Semasa 12 jam yang lalu

Masjid Perlu Ada Sistem Akaun Yang Baik, Elak Kutipan Tidak Jelas - SPRM