web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rosmah Gagal Batalkan Perbicaraan Kes Rasuah RM1.25 bilion

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 4:17PM

Rosmah Mansor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid RM1.25 bilion yang dihadapinya dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes itu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam keputusan ringkas berkata kebenaran yang diberikan oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas kepada Sri Ram untuk menjalankan pendakwaan jenayah dalam kes Rosmah adalah tanpa keraguan berdasarkan Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) atas kapasitinya sebagai Pendakwa Raya.

“Thomas telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau, selepas melantik Sri Ram untuk mengetuai pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kemudiannya memberi kuasa kepada beliau untuk menjalankan pendakwaan kes jenayah terhadap pemohon (Rosmah).

“Adalah diketahui umum bahawa Sri Ram telah menjalankan pendakwaan terhadap pemohon dari awal di Mahkamah Tinggi dan beliau (mengendalikan kes itu) bersama pasukan pendakwaan dari Jabatan Peguam Negara. Ia menafikan kepercayaan bahawa Sri Ram boleh berbuat demikian tanpa pengetahuan dan kebenaran Thomas sebagai AG ketika itu dan juga AG sekarang,” kata Hakim Mohamed Zaini. 

Hakim itu menambah beliau tegas mengatakan kebenaran itu tidak perlu dibuktikan secara bertulis.

“Oleh itu saya tidak perlu melihat kesahihan fiat bertulis pertama (surat pelantikan) atau pelantikan Sri Ram yang merupakan inti pati permohonan pemohon kerana saya mendapati pelantikan beliau (Sri Ram) oleh Thomas di bawah Seksyen 376(3) Kanun Prosedur Jenayah adalah sah.

“Pada pandangan saya, tiada keperluan untuk fiat bertulis pertama atau kedua dikeluarkan, ia berikutan permohonan pemohon untuk deklarasi antara lain kesahihan fiat bertulis pertama, pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan untuk perbicaraan diisytiharkan batal mesti gagal,” kata hakim.

Mohamed Zaini selanjutnya berkata beliau juga menyedari hakikat bahawa responden (pihak pendakwaan) telah mengeluarkan fiat bertulis kedua dengan berhati-hati untuk meredakan aduan pemohon mengenai pelantikan Sri Ram.

“Saya cenderung untuk bersetuju dengan cadangan pihak Pendakwa Raya, selaku pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk melantik seseorang menjalankan sesuatu fungsi, seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 50 Akta Tafsiran 1948 dan 1967, pelantikan Sri Ram adalah retrospektif seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 50 (b) akta ini.

“Oleh itu permohonan pemohon ditolak,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad