web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Rayuan Batalkan Saman Peguam Cabar Kesahan Pengampunan Diraja Anwar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 4:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan saman difailkan seorang peguam yang mempersoalkan kesahan pengampunan diraja yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi sabitan kes liwatnya.

Semasa membatalkan saman oleh Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, mahkamah membenarkan rayuan Anwar dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan saman itu.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Indera Mohd Sofian Abd Razak dan Datuk Lee Heng Cheong memutuskan bahawa dakwaan Mohd Khairul Azam terhadap perayu jelas tidak kukuh kerana beliau tidak menyatakan sebarang alasan tindakan terhadap mereka.

Dalam penghakimannya, Hakim Has Zanah yang mengetuai panel hakim itu berkata Mohd Khairul Azam tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan pengampunan atau nasihat yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan itu kepada Yang-di Pertuan Agong dalam memberi pengampunan.

“Kami mendapati proses pengampunan dan pemberian pengampunan oleh Yang-di Pertuan Agong kepada perayu (Anwar) tidak dalam apa cara pun menyerang peribadi atau undang-undang atau sebarang hak atau kepentingan responden (Mohd Khairul),” katanya.

Beliau berkata keputusan dibuat berdasarkan pelaksanaan hak pengampunan diraja tidak dapat diubah atau disahkan oleh mahkamah dan oleh itu tidak dapat diadili.

Kuasa pengampunan terdapat di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kata beliau dan menambah bahawa kuasa itu tidak terhad hanya kepada hukuman tetapi juga atas sabitan.

Beliau berkata mahkamah mendapati hakim Mahkamah Tinggi membuat kesilapan apabila tidak mengikuti senarai kuasa mahkamah yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Hakim itu berkata mahkamah juga mendapati Lembaga Pengampunan dibentuk secara sah dan betul di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Pada 21 September tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman pemula itu selepas memutuskan Mohd Khairul Azam, mempunyai locus standi bagi memulakan saman itu kerana beliau adalah orang awam dan berkelayakan sebagai peguam.

Anwar, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan Mohd Khairul Azam tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk meneruskan tindakan saman tersebut, tuntutan saman plaintif remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Mohd Khairul Azam, yang memfailkan saman pemula itu pada 26 Februari tahun lepas, menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar selaku defendan, mendakwa beberapa tindakan tidak berperlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar menerima pengampunan yang membebaskannya dari penjara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Peguam itu mendakwa pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dilaksanakan atas nasihat Lembaga Pengampunan.

Dakwanya pada ketika itu Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna berikutan negara baru selesai menjalankan PRU ke-14 pada 9 Mei 2018 dan dalam proses membentuk kerajaan baharu.

Anwar telah dihukum penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015.

Dalam prosiding secara dalam talian hari ini, mahkamah mendengar hujah peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Anwar, Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bagi pihak Lembaga Pengampunan serta peguam  Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang mewakili Mohd Khairul Azam.

Sri Ram berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk tidak mematuhi keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Sim Kie Chon lawan Superintenden Penjara Pudu & lain yang menyatakan bahawa kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah hak belas kasihan, hanya diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong atau pemerintah mana-mana negeri di Malaysia.

Suzana berhujah bahawa Mohd Khairul Azam mesti membuktikan bagaimana beliau terkesan dengan keputusan Lembaga Pengampunan dan alasan yang diberikan dalam pernyataan tuntutannya tidak memenuhi prinsip undang-undang yang ditetapkan oleh keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Sementara itu, Mohamed Haniff Khatri dalam hujahnya berkata hanya ada pengampunan ke atas hukuman dan bukan atas sabitan dan menambah bahawa isu-isu tersebut tidak pernah diputuskan di mana-mana mahkamah dan saman perlu dibicarakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendakwaan Kemukakan 2 Naratif Berbeza Dalam Perbicaraan Kes - Hakim

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelucahan Melampau: Bekas Mudir Madrasah Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 10 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad