Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jemaah Menteri Tak Rayu Keputusan Undi 18

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Sep 2021 3:07PM

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri bersetuju untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang memutuskan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik menjelang 31 Disember nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata perkara itu telah dipersetujui menerusi mesyuarat 10 September lalu.

Katanya, kerajaan Persekutuan akur dengan keputusan terbabit dan akan merintis usaha terbaik bagi memastikan pendaftaran Undi 18 secara automatik dapat dilaksanakan lebih awal.

“Saya sebenarnya sudah baca laporan yang berlaku di Kuching dan dapati bahawa dari sudut perundangan, tiada perbezaan pendirian antara Peguam Negara dan mahkamah, hanya yang tinggal memendekkan masa sahaja, sebab dalam program awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pelaksanaan dijangka menjelang September 2022.

“Tetapi hakim arahkan untuk siap pada 31 Disember 2021, justeru saya sudah bincang dengan SPR dan kita akan patuh kepada arahan mahkamah, malah Jemaah Menteri pada 10 September putuskan untuk tidak buat rayuan terhadap keputusan hakim,” katanya pada sesi pertanyaan lisan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Jawapan itu diberikan bagi menjawab soalan tambahan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) berhubung pendirian kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching terhadap perkara terbabit.

Menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) berhubung perincian pelaksanaan Undi 18 yang ketika ini mempunyai tempoh sekitar tiga bulan sebelum dilaksanakan, Wan Junaidi berkata siri perbincangan sudah dilakukan dengan SPR, justeru Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik akan dilakukan secara seiring.

“Undi 18 dan daftar pemilih secara automatik kena bersekali, tidak boleh dipisahkan kerana kalau berasingan, kita kena pinda pula sekali lagi Perlembagaan Persekutuan. Justeru, perbincangan sudah dibuat dengan SPR.

“Kita akan berusaha sehabis baik untuk laksanakan apa yang mahkamah putuskan, tetapi libat urus dengan sekolah di seluruh negara mungkin tidak dapat dibuat seperti dijadualkan kerana ia dijangka memerlukan tempoh tiga bulan,” katanya.

Sidang dewan diberitahu, beberapa sekolah tertentu akan dipilih bagi tujuan berkenaan yang dijangka mengambil tempoh sebulan berbanding jadual asal. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Lulus RUU Polis (Pindaan) 2024

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Dasar Gaji Progresif, TVET Dan Kerosakan Jalan Raya Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kurma Dari Israel, Subsidi Telur Antara Isu Dibincang Di Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Semasa 1 hari yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak