web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Alahai, Macam Mana Boleh Terperangkap?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 6:53PM

Keadaan anak anjing yang berada di dalam lubang tandas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HUTAN MELINTANG - Khidmat bomba terpaksa digunakan bagi mengeluarkan seekor anak anjing yang terperangkap  dalam lubang tandas sebuah rumah kosong di Taman Muhibah, di sini, hari ini.

Difahamkan, anak anjing itu disedari terperangkap di dalam lubang itu oleh pemiliknya selepas haiwan tersebut hilang dari kediaman.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.24 pagi bagi membantu mengeluarkan anak anjing berkenaan.

Seorang anggota bomba menjalankan khidmat khas mengeluarkan anak anjing terperangkap dalam lubang tandas.
Seorang anggota bomba menjalankan khidmat khas mengeluarkan anak anjing terperangkap dalam lubang tandas.

Katanya, sebaik tiba, anggota bomba  mendapati terdapat seekor anak anjing di dalam lubang tandas, sebelum kerja-kerja  penyelamatan segera dijalankan.

“Bomba menggunakan peralatan khas untuk memecahkan lubang tandas tersebut bagi mengeluarkan anak anjing berkenaan.

“Haiwan itu berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan semula kepada penjaga,” katanya.

Menurut jurucakap berkenaan, operasi ditamatkan jam 12.43 tengah hari tadi selepas kerja-kerja penyelamatan itu selesai. - Getaran, 18 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad