web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MyTravelPass: Kaji Semula Kategori Permohonan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 8:20AM

Hishammuddin Tun Hussein - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen diminta mengkaji semula kategori permohonan keluar negara yang boleh diberi kebenaran terus tanpa perlu memohon kelulusan melalui MyTravelPass.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata arahan itu dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik semalam setelah mengambil kira maklum balas dan pandangan orang ramai mengenai program MyTravelPass.

Beliau berkata Jabatan Imigresen akan membentangkan cadangan berhubung perkara itu kepada Jawatankuasa Teknikal COVID-19 MKN.

Terdapat lima kategori tidak perlu memohon kelulusan melalui MyTravelPass untuk ke luar negara iaitu diplomat dan pegawai Kedutaan Malaysia yang kembali bertugas di luar negara termasuk tanggungan masing-masing, pelajar dan tanggungan yang meneruskan pengajian dengan syarat memiliki visa pelajar atau visa tanggungan yang sah serta pemegang pas jangka panjang di luar negara (Pemastautin Tetap/Pas Residen/Pas Kerja dan lain-lain).

Dua lagi kategori ialah bekerja dengan syarikat petroleum dan syarikat perkapalan yang perlu ‘sign-on’ ke atas kapal di luar negara serta mengiringi pelajar ke luar negara bagi tujuan belajar terhad kepada dua pengiring sahaja dengan pengiring perlu melakukan perjalanan keluar bersama-sama pelajar pada masa yang sama.

Kategori yang perlu mendapat kelulusan MyTravelPass pula ialah warganegara yang baru mendapat tawaran bekerja atau belajar di luar negara, pelajar yang ingin menduduki peperiksaan di luar negara, menghadiri mesyuarat/seminar/urusan perniagaan di luar negara dan menyertai pameran/pertandingan sukan/latihan di luar negara dengan mengemukakan surat sokongan daripada agensi kawal selia.

Tiga lagi kategori ialah urusan kecemasan ahli keluarga terdekat (kematian/ahli keluarga ditimpa kemalangan/sakit), pemegang visa pasangan/tunangan (perkahwinan yang tidak didaftarkan secara sah) dan menyertai misi bantuan kemanusiaan/keagamaan.

Mengulas tindakan beberapa syarikat penerbangan yang mengenakan syarat agar penumpang menunjukkan MyTravelPass walaupun mereka dalam kategori tidak perlu membuat permohonan, Hishammuddin berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Saya telah minta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan kepada syarikat-syarikat berkenaan agar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata dalam tempoh 7 Okt tahun lepas hingga 10 Sept tahun ini, Jabatan Imigresen menerima 356,510 permohonan dan daripada jumlah itu, sebanyak 208,509 diluluskan, 127,465 ditolak manakala 6,697 dibatalkan sendiri oleh pemohon dan 13,000 sedang diproses.

Katanya terdapat empat faktor yang boleh menyebabkan permohonan ditolak iaitu nama berada dalam senarai syak oleh Jabatan Imigresen Malaysia, dokumen tidak lengkap, dokumen yang dimuat naik tidak boleh dibaca dan dokumen dipalsukan.

Hishammuddin berkata permohonan melalui MyTravelPass perlu dibuat 14 hari sebelum hari jangkaan berlepas secara dalam talian melalui portal https://mtp.imi.gov.my - Bernama

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar