Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kesihatan Mental Faktor Utama Dorong Individu Bunuh Diri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 8:22AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siapa sangka kerjaya kukuh dengan pendapatan bulanan lima angka dimiliki seorang usahawan, akhirnya ‘musnah’ akibat pandemik COVID-19, malah perniagaannya terpaksa gulung tikar sejak setahun lalu.

Bebanan hutang ratusan ribu yang terpaksa ditanggung dan pembatalan perkahwinan dibatalkan oleh tunang akibat kemelut kewangan dihadapi  membuatkannya berdepan kemurungan teruk, sehingga pernah beberapa kali cuba membunuh diri.

Namun, menerusi sokongan penuh keluarga, lelaki itu kini sedang menjalani khidmat kaunseling untuk memulihkan keadaan diri, seperti dikongsi saudaranya kepada Getaran.

Kisah sedih dihadapi lelaki malang tersebut bukan kes terpencil, malah ia adalah senario yang kerap kali melatari negara kebelakangan ini.

Jun lalu, media melaporkan seorang wanita cuba membunuh diri dari tingkat 32 kondominium di Damansara, Selangor akibat tekanan emosi dan masalah kewangan dialami selepas diberhentikan kerja, sehingga menyebabkan dia dihalau pemilik rumah kerana gagal membayar sewa bilik.

Itu adalah antara ribuan kes masalah kesihatan mental yang mendorong kepada peningkatan statistik bunuh diri dilaporkan di negara ini sejak kira-kira dua tahun lalu.

Laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri mengesahkan peningakatan ini apabila sejak 2019 sehingga Mei 2021, sebanyak 1,738 kes bunuh diri direkodkan.

Data itu menyaksikan lonjakan mendadak apabila 631 kes dilaporkan pada 2020, berbanding 609 pada 2019, manakala untuk lima bulan pertama tahun ini, sebanyak 498 insiden bunuh diri dilaporkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dipetik sebagai berkata, jumlah keseluruhan kes itu membabitkan seramai 1,427 wanita dan 281 lelaki.

Katanya, berdasarkan statistik, cara membunuh diri paling kerap digunakan adalah menggantung diri, iaitu sebanyak 75.1 peratus, terjun bangunan (13.6 peratus) dan pengambilan racun (5.7 peratus).

Dr Andrew Mohanraj
Dr Andrew Mohanraj

Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj mendedahkan, statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015 menunjukkan, 29.2 peratus penduduk dewasa Malaysia mengalami gejala serta simptom penyakit mental atau masalah kesihatan mental, iaitu satu pertiga daripada populasi penduduk dewasa negara.

Katanya, statistik MMHA juga mendapati, berlaku peningkatan berganda bagi permintaan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling daripada dewasa dan remaja pada 2021, berbanding 2020.

“Pada tahun 2020, kami (MMHA) hanya menerima 398 permintaan daripada dewasa dan remaja untuk mereka mendapatkan perkhidmatan kaunseling, tetapi bagi tujuh bulan pertama 2021 sahaja, angka ini mencecah ke 1,407 permintaan.

“Jumlah remaja yang membuat permintaan ini juga bertambah dengan mendadak. Pada 2020, jumlah golongan itu adalah 42 orang daripada 398 orang, tetapi bagi tempoh hanya Januari sehingga Julai lalu, angka terbabit mencecah 702 orang daripada 1,407 orang,” katanya kepada Getaran.

Andrew berkata, menerusi keseluruhan panggilan dan statistik kes diperoleh MMHA berhubung masalah kesihatan mental penduduk, keadaan itu sememangnya sangat ketara sehingga mendorong kepada pertambahan kes bunuh diri, terutama sepanjang kira-kira dua tahun COVID-19 melanda.

“Peningkatan mendadak kes masalah kesihatan mental lebih jelas dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Ramai pemanggil meluahkan perasaan, menceritakan masalah dan inginkan kepastian bagaimana serta di mana mereka boleh mendapatkan nasihat.

“Lonjakan kes seumpama ini terlalu tinggi, sehingga membuatkan kami dan NGO yang menyediakan perkhidmatan kaunseling serta psikologi percuma secara subsidi, sudah tidak mampu menampung keperluan semua pemanggil,” keluhnya.

Mengulas punca utama masalah kesihatan mental sehingga segelintir individu hilang kawalan dan mengambil tindakan tragis itu, Andrew berkata, depresi, keresahan dan stress melampau antara pencetus utama.

Katanya, seseorang boleh berdepan keadaan itu apabila mengalami masalah kewangan, berdepan kerisauan hilang pekerjaan dan pendapatan terjejas atau dikurangkan, sehingga membuatkan mereka depresi.

Mereka juga, jelas beliau, merasa terlalu bimbang dengan masa depan, apabila pandemik COVID-19 menjadikan ia sukar diramal, sekali gus membentuk keresahan melampau.

“Tekanan akibat perintah kawalan pergerakan juga boleh menjejaskan kesihatan mental apabila individu berada di rumah sepanjang hari. Ini lebih jelas apabila mereka menetap dalam kediaman kecil dengan ahli keluarga ramai yang menimbulkan ketegangan perhubungan antara mereka,” katanya.

Menurut Andrew, masalah kesihatan mental harus ditangani sebaik mungkin walaupun punca kepada masalah dialami mereka tidak lagi berlaku, faktor psikologi menyebabkan kesan dialami individu akan tetap berpanjangan.

“Masalah ini bukan seperti penyakit lain yang boleh sembuh apabila pesakit makan ubat. Individu berdepan masalah mental perlu mendapatkan bantuan ahli keluarga, sokongan rakan rapat dan rawatan perubatan bagi mengembalikan semangat serta menghilangkan trauma dialami,” katanya.

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata, isu kesihatan mental dan bunuh diri di negara ini mencapai tahap membimbangkan sejak beberapa tahun lalu, namun keadaan semakin buruk akibat COVID-19 apabila ramai rakyat berada dalam kesengsaraan.

Masalah kesihatan mental, katanya, perlu ditangani sebaik mungkin menerusi kerjasama dan keprihatinan semua pihak untuk meluangkan masa mendengar rintihan, memberi nasihat serta membantu merujuk mereka kepada pakar bersesuaian.

Lam Thye berkata, isu masalah kesihatan mental berlaku apabila individu tidak tahu menguruskan tekanan dihadapi sehingga perasaan itu menjadi semakin serius, lantas menyebabkan mereka berdepan kemurungan dan mencetuskan idea membunuh diri.

“Kementerian Kesihatan (KKM) ada melantik kaunselor dan pakar psikologi tetapi bilangannya tidak mencukupi bagi menampung begitu ramai individu yang memerlukan bantuan. Justeru, kerajaan dicadang menyediakan peruntukan lebih besar kepada KKM pada Belanjawan 2022 untuk memperbanyakkan latihan dan Pusat Komuniti Kesihatan Mental (MENTARI) bagi membantu masyarakat.

“Golongan ini tidak boleh dipinggirkan. Saya rasa jika masyarakat lebih sensitif, perihatin dan serius untuk membantu individu berdepan masalah kesihatan mental, kita akan melahirkan sebuah rakyat yang sihat serta positif,” katanya.

 Dr Shazli Ezzat Ghazali
Dr Shazli Ezzat Ghazali

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA), Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata, individu berdepan masalah kesihatan mental akan menunjukkan beberapa simptom awal, seperti kecewa, tidak selesa dengan persekitaran dan hilang minat terhadap kehidupan sehingga mengubah rutin harian.

Keadaan itu juga jelas beliau, berupaya menjejaskan tumpuan terhadap pekerjaan serta memberi kesan kepada hubungan bersama orang sekeliling tanpa disedari.

Pensyarah Kanan Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, situasi masalah kesihatan mental berisiko dialami mana-mana individu apabila berada dalam keadaan amat tertekan, contohnya ketika pandemik.

“Semua orang harus prihatin dengan keadaan orang di sekeliling dan sekiranya mendapati individu terbabit menunjukkan simptom awal masalah kesihatan mental, mereka perlu sentiasa memberikan sokongan serta menjadi pendengar baik.

“Sekiranya dibiarkan, dia akan merasai seolah hilang nikmat kehidupan dan kalau masalah (pula datang) bertimpa-timpa, dia akan terfikir untuk memusnahkan diri atau orang di sekeliling, termasuk dengan mengambil tindakan bunuh diri,” katanya.

Ditanya kaedah rawatan yang akan diberikan kepada seseorang berdepan masalah kesihatan mental, Dr Shazli Ezzat berkata, pakar psikologi terlebih dahulu akan menilai tahap keupayaan mental dan emosi dialami individu terbabit.

“Pakar psikologi juga akan memberi bimbingan kaedah untuk individu terbabit menenangkan diri. Rawatan kepada individu ini turut membabitkan pakar psikiatri manakala jenis rawatan lain yang membantu mereka menerusi ubat-ubatan,” katanya.

Berkongsi tip untuk memastikan kesihatan mental berada pada tahap baik, beliau berkata, seseorang perlu menyusun rutin kehidupan mereka sejak awal yang mencakupi pelbagai pengisian positif, seperti elemen kerohanian, senaman dan mencari ketenangan.

“Bersenam 30 minit ketika pandemik untuk menghasilkan hormon keseronokan, guna akal lebih daripada emosi, lakukan sesuatu yang kita suka untuk ketenangan, berfikir secara positif, selalu senyum, sayangi diri dan jalanilah kehidupan sebaik mungkin,” katanya. – Getaran, 17 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pesakit Tibi Enggan Teruskan Rawatan Boleh Dikenakan Tindakan - Dr Dzulkefly

2

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Fikir Bunuh Diri Seawal Usia 11 Tahun, Senario Serius Harus Dicantas Sebelum Bertunas

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah Berhasrat Hapuskan Laluan Parallel - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Luar Negara 12 jam yang lalu

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Semasa 10 jam yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung