web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usia 65 Tahun Bukan Halangan Salman Ambil SPM

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2021 2:37PM

Salman Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu. Itu yang dibuktikan seorang warga emas Salman Ahmad.

Meskipun usianya sudah menjangkau 65 tahun, Salman mempunyai keazaman yang tinggi untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pertama kali hari ini.

Salman adalah antara 645 calon persendirian daripada keseluruhan 16,554 jumlah calon SPM 2020 di Negeri Sembilan yang menduduki peperiksaan itu bermula hari ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Pengarah Tourism Malaysia telah bersara pada 2012, berkata keputusan itu dibuat kerana ingin membuktikan kepada masyarakat khususnya golongan muda bahawa usia bukan penghalang untuk menimba ilmu dan memperoleh kejayaan.

“Dulu saya ambil peperiksaan Malaysia Certificate of Education (MCE) pada 1973, semua subjek dalam Bahasa Inggeris. Kemudian saya melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara dalam bidang Pentadbiran Awam. Sekarang saya ingin cabar diri saya untuk ambil SPM pula.

“Saya juga ingin beri contoh dan motivasi kepada anak cucu saya. Usia bukan penghalang untuk belajar, menuntut ilmu adalah proses sepanjang hayat,” katanya kepada pemberita selepas menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V di sini hari ini.

Salman berkata keinginan untuk menduduki peperiksaan awam itu timbul sejak tahun lepas, namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu susulan penularan wabak COVID-19.

Anak jati Negeri Sembilan itu turut berkongsi persediaan bagi menghadapi SPM kali ini, beliau membeli beberapa buku ulang kaji sejak tahun lepas dan adiknya yang bertugas sebagai guru turut memberi tunjuk ajar serta mengikuti pembelajaran secara dalam talian jika ada kelapangan.

“Keluarga saya banyak beri sokongan dan galakan. Saya tidak malu, saya tidak hairan apa-apa orang kata, kata orang tua belajarlah sampai ke negara China dan dari buaian hingga ke liang lahad,” katanya.

Dalam pada itu, bapa dua anak itu berkata selain mengambil subjek Bahasa Melayu sebagai peringkat permulaan, beliau mengambil dua lagi mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris dan Sejarah selain berhasrat mengambil subjek lain tahun depan sekiranya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2020.

Malaysia mencatat sejarah apabila seramai 401,105 calon di seluruh negara menduduki peperiksaan SPM 2020 dalam norma baharu ketika negara masih ‘berperang’ dengan COVID-19 yang dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Hari pertama peperiksaan dimulakan dengan subjek Bahasa Melayu Kertas 1 pada 8 pagi dan Bahasa Melayu Kertas 2 pada 2 petang ini dengan sebanyak 48,014 pengawas peperiksaan ditugaskan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya SOP. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 52 minit yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 22 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 26 minit yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad