Berita Terkini

47 minit yang lalu: 5 individu nyaris maut pokok tumbang hempap kenderaan 48 minit yang lalu: Agong nasihat umat Islam elak bazir makanan di bulan ramadan 48 minit yang lalu: MBA gesa kerajaan percepat program biodiesel B20 di seluruh negara 49 minit yang lalu: Cadangan MRSM berbayar, kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini 49 minit yang lalu: Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Diri Meningkat, Catat Perkembangan Membimbangkan - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 12:30PM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejadian bunuh diri di seluruh negara meningkat sebanyak 143 peratus setakat Julai lalu, sekali gus merekodkan satu perkembangan yang amat membimbangkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, laporan itu adalah berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

"Bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan seramai 135 ahli keluarga atau rakan akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi, malah ia diburukkan dengan kesan dibawa COVID-19.''

Menurut beliau, tempoh sama tahun lalu mencatatkan 262 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 631, berbanding 609 pada tahun sebelumnya.

“Jumlah itu bersamaan dalam satu setiap 100 kematian, yang bermakna 1.3 peratus kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh kejadian tragik ini,” katanya di sini.

Dr Noor Hisham berkata, data Kementerian Kesihatan (KKM) juga mengesahkan bahawa bunuh diri adalah antara 10 penyebab utama kematian seluruh dunia, dan faktor keempat terbesar, bagi individu berusia 15 hingga 29 tahun.

“Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu, terdapat 703,000 kes kematian akibat membunuh diri di seluruh dunia saban tahun, dengan purata satu insiden pada setiap 40 saat.

"Bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan seramai 135 ahli keluarga atau rakan akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi, malah ia diburukkan dengan kesan dibawa COVID-19,” katanya,

Beliau berkata, pandemik tersebut nyata memberikan natijah yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu, termasuk dalam kalangan komuniti di Malaysia.

“Faktor sosial antara yang boleh menyebabkan tekanan melampau, termasuk kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan.

“Isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai juga boleh memberi kesan kepada sesetengah individu yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan,” katanya.

Dr Noor Hisham menarik perhatian, kemurungan yang gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik berisiko untuk mewujudkan tingkah laku bunuh diri yang merangkumi rancangan, cubaan serta kematian.

"KKM ada mengambil beberapa inisiatif bagi menangani isu tingkah laku bunuh diri, antaranya pengukuhan Talian Bantuan Sokongan Psikososial dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi meningkatkan akses terhadap liputan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial bagi membantu individu yang memerlukan sokongan semasa pandemik COVID-19.

"Selain itu, pertambahan pegawai psikologi kaunseling di peringkat daerah dan klinik kesihatan bagi mengukuhkan perkhidmatan kesihatan mental, pencegahan keganasan dan kecederaan, serta penyalahgunaan substans turut dilaksanakan," katanya.

Kementerian jelas beliau lagi, turut berusaha meminda atau memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang menyabitkan cubaan bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah.

"Pihak KKM turut akan memberi latihan secara berterusan kepada 'first-line responders' seperti anggota kesihatan, anggota polis, dan anggota bomba bagi meningkatkan kemahiran pengendalian tingkah laku bunuh diri.

"Pada masa sama, saya meminta supaya elakkan penularan sebarang berita, video atau gambar berkaitan kejadian bunuh diri ke media sosial dan membuang stigma negatif terhadap keluarga serta individu mengalami penyakit mental, termasuk tidak menghakimi kejadian bunuh diri yang berlaku," katanya. - Getaran, 11 September 2021.
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

KKM Kemuka Senarai Fasiliti Kesihatan Daif Kepada MOF Dalam Masa Terdekat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Perlu Lebih 40,000 Pembantu Perubatan Menjelang 2025

3

Semasa 2 minggu yang lalu

KKM Pantau Penyakit Bawaan Air Pascabanjir - Dr Zaliha

4

Semasa 3 minggu yang lalu

RUU KPTM Mampu Cegah Generasi Muda Terjebak Tabiat Merokok, Vape

Sorotan

1

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

2

Batal Pengecualian Cukai: Dakwa Muhyiddin Berniat Jahat, Guan Eng Lapor Polis

3

Pemuda UMNO Lapor Polis Pembukaan Kelab Pamer Thai Hot Guy, ‘Cukup-Cukuplah’

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Stesen Komuter Mesti Dilengkapi Lif, Fasa Pertama Fokus Stesen Besar

Semasa 21 minit yang lalu

Malaysia Sedia Bekerjasama Dengan Afghanistan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Lulus Penubuhan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Semasa 1 hari yang lalu

Kelewatan Komuter Lembah Klang Bersifat Sementara, Bukan Kurang Popular - Loke