web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peguam Zahid Nafi Jutaan Ringgit Dalam Yayasan Akalbudi Daripada Aktiviti Haram

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 7:54PM

Ahmad Zahid hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa jutaan ringgit yang masuk ke Yayasan Akalbudi (YAB) milik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah sumbangan dan bukan hasil aktiviti menyalahi undang-undang.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ahmad Zahid berkata pihak  pendakwaan tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menunjukkan hasil  berkenaan adalah daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang atau tindakan yang dilakukan oleh tertuduh yang boleh menyebabkan atau melakukan kesalahan yang serius.

“Berdasarkan alasan berkenaan, kami berhujah bahawa perkara ini tidak dibuktikan oleh pihak pendakwaan - tidak ada bukti bahawa wang yang terlibat adalah hasil aktiviti atau kegiatan haram yang dimaksudkan dalam Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA),” hujahnya di akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Hisyam berkata tertuduh, dalam kebanyakan keadaan, tidak mengetahui atau mempunyai kaitan dengan pemilik cek (sumbangan) tersebut.

“Urus niaga itu dilakukan secara terbuka dan disimpan dalam akaun amanah firma guaman Tetuan Lewis & Co, dan jejak wang yang berkaitan dengan cek dapat dilihat tanpa usaha tertuduh untuk menyembunyikan  mana-mana cek itu,” katanya.

Peguam itu berkata saksi pendakwaan ke-39, Leong Siew Kong, pengurus Maybank cawangan Dataran Maybank di sini mengesahkan bahawa bank itu tidak menerima surat daripada Lewis & Co yang menyatakan bahawa mereka curiga terhadap dana tersebut.

Mahkamah sebelum ini mendengar bahawa pelbagai individu dan syarikat menyumbang kepada YAB dan wang itu dimasukkan ke dalam akaun Lewis & Co.

“Beliau kemudian mengesahkan bahawa alasan wang dimasukkan di situ adalah untuk memperoleh faedah lebih tinggi dan perkara itu bukan suatu yang salah.

“Semasa pemeriksaan semula, Siew Kong berkata tidak ada amaran dikeluarkan yang memerlukan laporan dibuat kepada bank pusat kerana ia transaksi normal,” kata Hisyam.

Peguam itu berkata YAB menerima sumbangan daripada Yayasan Al-Bukhari (RM500,000), Chia Bee Enterprise Sdn Bhd milik dermawan Wong Sang Woo (RM10 juta) dan Pengarah Bukan Eksekutif MyEG Services Bhd Datuk Mohd Jimmy Wong Abdullah (RM9 juta).

“Mohd Jimmy memberi keterangan bahawa beliau menderma kepada YAB bagi tujuan amal (membina masjid) dan mengesahkan bahawa ‘akad’ telah dilakukan bagi menandakan penerimaan sumbangan tersebut,” katanya.

Sementara itu, mengenai cek yang dibayar oleh individu dan syarikat lain kepada YAB, Hisyam berhujah pihak pendakwaan tidak mengemukakan bukti bahawa cek daripada Cergas Murni Sdn Bhd, HRA Teguh, Ong Weng Fatt, Hwa Thong Bags Industries, Hussein Annifah, Rajan Thurairetnam, Rajan Gunaratnam, Patt Siew Ming, Mohyiddin Al-Halabi, Tarbush Al-Halabi, AlHalabi Lounge Sdn Bhd dan Mubarak Hussain, diperoleh secara salah.

“Cek yang diperoleh terutama melalui SP81 (Omar Ali Abdullah), kami mengatakan bahawa sumber wang itu sah kerana ia adalah sumbangan daripada Yayasan Al-Bukhari.

“Selain itu, adalah salah bagi pihak pendakwaan untuk mengatakan bahawa semua wang sumbangan itu ditukar kepada atau cek jurubank atau draf permintaan untuk mengurangkan jejak wang kerana banyak bukti daripada pemilik cek jurubank yang mengesahkan bahawa tidak ada apa-apa yang aneh di sebalik transaksi cek berkenaan,” katanya.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan - 12 melibatkan CBT, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan wang ringgit puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pasukan pembelaan akan menyambung hujah mereka pada Isnin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

2

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

3

Semasa 3 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

4

Semasa 4 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad