web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ceroboh Perairan Kelantan, 19 Nelayan Vietnam Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 6:58PM

Kepten Maritim Syed Nor Adli menunjukkan pukat dan bot nelayan Vietnam yang ditahan di Perairan Kelantan, kelmarin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Tindakan 19 nelayan warganegara Vietnam menangkap hasil laut di perairan negara ini membawa padah apabila mereka ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, kelmarin.

Kumpulan yang menaiki dua bot itu ditahan oleh Kapal Maritim (KM) Tok Bali menerusi dua rondaan berasingan,  Op Naga Barat dan Op Kuda Laut masing-masing pada jam 9.31 serta 10.21 pagi.

Keduanya ditahan pada jarak 93 serta 95 batu nautika dari Muara Tok Bali.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, susulan penahanan, pihaknya merampas kedua-dua bot bersama minyak diesel, hasil laut dan peralatan menangkap ikan bernilai RM2.5 juta.

Katanya, kesemua bot terbabit disyaki menyamar,  dengan memalsukan nombor pendaftaran tempatan yang tidak wujud di dalam sistem pangkalan data Jabatan Perikanan Malaysia.

Menurut beliau, forensik awal di badan bot turut menjumpai kesan nombor pendaftaran asal negara Vietnam yang telah dipadamkan dengan cat putih, malah struktur fizikal serta ‘compartment’ kedua-dua bot juga menyerupai ciri-ciri bot nelayan negafa

“Bot pertama dikendalikan lapan kru termasuk tekong, manakala bot kedua memiliki 11 kru yang berusia di antara 18 hingga 60 tahun.

“Dua kru mempunyai pasport dan sembilan lagi hanya mengemukakan buku pelaut dan baki yang lain tiada memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya pada sidang media di Jeti Maritim Negeri Kelantan, Tok Bali, di sini, hari ini.

Syed Nor Adli berkata, berdasarkan hasil tangkap yang diperoleh, bot itu dipercayai baru memasuki perairan negara.

Bot pertama jelas beliau, meraih sekitar 50 kilogram (kg) sotong, manakala yang kedua belum memungut sebarang hasil dan masih memiliki 9,500 liter diesel.

“Kedua-dua bot berkeupayaan menyimpan lebih 10 tan hasil laut pada satu-satu masa.

“Kesemua yang ditahan itu dibawa ke Jeti Maritim Negeri dan perjalanan mengambil masa selama 26 kerana sebuah bot mengalami kerosakan,” katanya.

Syed Nor Adli memberitahu, semua tahanan terbabit telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia dan Seksyen 16(3) akta yang sama, atas kegagalan melaporkan ketibaan kepada pihak berkuasa.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mengikut Sesyen 25(a) iaitu hukuman denda sehingga RM6 juta kepada tekong dan RM600,000 ke atas setiap kru,” katanya. - Getaran, 9 September 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Pukul Lelaki Hingga Maut Di Semenyih

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar