web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Amuk Libas Sabit Direman 4 Hari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 4:14PM

Suspek direman bermula hari ini. - Gambar dari video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAMPAR - Lelaki warga emas yang mengamuk dengan berdiri di atas kereta peronda polis dan menghayun sabit di hadapan Balai Polis Gopeng di sini, semalam, direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, suspek berusia 61 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Ahad bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Suspek direman selama empat hari bermula 9 hingga 12 September ini,” katanya.

Getaran semalam melaporkan, suspek mengamuk di hadapan Balai Polis Gopeng dengan menghayun sabit serta parang di atas kereta peronda polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata, semakan dilakukan polis juga mendapati suspek mempunyai 16 rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan dadah.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, video seorang lelaki bertindak agresif dengan berdiri di atas kereta peronda polis dan menghayun sabit tular di media sosial sejak awal pagi semalam.

Video berdurasi 43 saat itu memaparkan seorang lelaki yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar jeans berdiri di atas bumbung kereta peronda polis sambil menjerit dan menghayun galah sabit. - Getaran, 9 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Lelaki Mengamuk Guna Pisau Pemotong Daging Ditahan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad