web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


100% Penduduk Dewasa Labuan Sudah Lengkap Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 5:49PM

CITF sebelum ini menyenaraikan 68,500 dewasa layak untuk program imunisasi di Labuan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Sebanyak 100 peratus populasi dewasa di Labuan telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 pada Selasa (7 September), menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan Rithuan Ismail.

Beliau berkata populasi dewasa dalam kalangan imigran di pulau ini juga telah divaksin sekali gus merekodkan 100.5 peratus dewasa yang sudah diimunisasi.

Rithuan yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Labuan berkata pasukan itu telah menyenaraikan 68,500 dewasa yang layak untuk program imunisasi di Labuan.

“Bilangan dewasa yang layak diberi vaksin telah melebihi sasaran berikutan dasar CITF Labuan yang memberi suntikan vaksin kepada semua tanpa mengira kewarganegaraan. Kami juga menawarkan vaksin kepada pekerja (dari luar Labuan) dalam sektor perkapalan serta minyak dan gas Labuan,” katanya.

Beliau berkata ribuan pelarian Filipina di dua Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) juga mendapat vaksinasi sebagai sebahagian daripada usaha pasukan itu mengurangkan penyebaran jangkitan COVID-19 dalam masyarakat tempatan.

“Kita boleh lihat bilangan dewasa yang lengkap vaksinasi akan terus meningkat apabila jumlah orang yang menerima dos pertama mencapai 102.94 peratus setakat semalam.

“Lebih ramai orang yang divaksin lebih baik kerana kita dapat mengawal penularan COVID-19...kerana dasar kami adalah menggalakkan kru perkapalan dan mereka yang berada dalam sektor minyak dan gas mendapatkan suntikan. Bilangan orang yang melengkapkan vaksin pasti akan melebihi sasaran kita,” katanya.

Rithuan berkata CITF Labuan bersedia untuk mengadakan program vaksinasi untuk remaja berusia 16 dan 17 tahun.

Labuan telah lengkap memvaksin 80 peratus populasi dewasa pada 27 Julai lepas dan menjadi yang pertama dalam kalangan Wilayah Persekutuan dan negeri di Malaysia yang mencapai imuniti terhadap COVID-19. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Labuan dilancarkan pada 27 Februari. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran