web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Maut, Kereta Putus 2 Langgar Pokok

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 4:16PM

Keadaan sebuah kereta yang remuk dan terputus dua selepas merempuh sebatang pokok di Kilometer 12 Kuala Baram By Pass berhampiran Shell Permyjaya, Miri, malam tadi.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Dua individu maut selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan terputus dua setelah merempuh sebatang pokok di Kilometer 12 Kuala Baram By Pass berhampiran Shell Permyjaya, di sini, malam tadi.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, nahas pada jam 10.10 malam itu meragut nyawa pemandu, Mika Barnbass ak Small, 45 manakala identiti penumpang wanita masih belum dikenal pasti.

Menurut beliau, kejadian berlaku ketika kereta Honda Accord itu sedang dalam perjalanan dari Permyjaya menuju ke Miri.

“Kereta dipandu Mika hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri, sebelum merempuh sebatang pokok sehingga menyebabkan ia terputus dua.

“Kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Miri,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Alexson berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Miri untuk  bedah siasat.

"Siasatan awal mendapati kereta berkenaan dipercayai dipandu laju menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum terbabas.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - Getaran, 6 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad