web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19, Ketibaan Vaksin Disambut Baik

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 8:00AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA : Krisis pandemik COVID-19 yang memasuki gelombang ketiga amat membimbangkan apabila saban hari mencatatkan jumlah jangkitan dan kematian yang tinggi.

Senario itu mendorong pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak lebih agresif dalam melaksanakan program imunisasi pada kadar segera.

Hari ini, Malaysia bakal menerima bekalan vaksin peringkat pertama dan ia disambut gembira sejumlah besar rakyat yang berharap, virus maut itu segera lenyap dari muka bumi.

Tinjauan Getaran sekitar Lembah Klang mendapati, usaha kerajaan membanteras pandemik COVID-19 menerusi program imunisasi itu setakat ini menerima sambutan yang amat baik dan memberangsangkan.

Bagi seorang pekerja swasta Farhah Ruslan, 31, ketibaan bekalan vaksin COVID-19 daripada syarikat Pfizer-BioNTech hari ini sedikit sebanyak memberi nafas lega buat dirinya.

Farhah yang juga ibu kepada seorang anak itu berkata, beliau sangat bersyukur dengan kehadiran vaksin tersebut, ekoran keadaan dirinya yang sentiasa terdedah dengan bahaya virus berkenaan.

Farhah
Farhah

“Alhamdulillah ia tiba hari ini dan dianggap sebagai penyelamat buat kami sekeluarga kerana saya mempunyai anak kecil berusia 18 bulan,” katanya kepada Getaran.

Kehadiran vaksin berkenaan jelas beliau, membantu mengurangkan kerisauan untuk menghantar anaknya ke taska atau pusat asuhan.

“Saya juga berharap agar rutin dan aktiviti harian akan kembali normal seperti biasa, walaupun ia memerlukan sedikit masa.

“Paling penting, dengan adanya vaksin ini secara tidak langsung ia dapat mengekang virus COVID-19 daripada terus berleluasa,” katanya.

Ibu muda itu berkata, sudah terlalu banyak usaha dilaburkan kerajaan, dalam mendidik orang ramai, khususnya ibu bapa berhubung suntikan vaksin ke atas anak masing-masing.         

“Saya bersetuju dengan gesaan kerajaan untuk ibu bapa membawa anak masing-masing mendapatkan suntikan imunisasi, apatah lagi ia diberikan secara percuma.

“Ambil suntikan ini bagi mencegah kejadian tidak diingini dan tolonglah tolak sebarang unsur negatif yang sering disebarkan golongan anti vaksin di media sosial,” rayunya.

Pendapat sama disuarakan Penganalisis Media Bebas, Putra Ahmad yang turut menyambut baik kedatangan vaksin Pfizer-BioNTech tersebut.

“Pemberian suntikan ini kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penerima pertama dan barisan Jemaah Menteri mampu memulihkan semula keyakinan masyarakat yang selama ini was-was dengan kesan sampingan vaksin berkenaan,” katanya.

Putra yang juga bekas wartawan bagaimanapun mengakui, turut bimbang dengan keberkesanan vaksin, berikutan tiada data saintifik atau rujukan setakat ini yang mampu menceritakan dengan terperinci tahap keberkesanan suntikan berkenaan.

Jelasnya, rakyat perlu didedahkan secara menyeluruh, berbanding mengambil tindakan secara tergesa-gesa.

“Ada beberapa negara di dunia yang mendakwa terdapat kematian pada peringkat umur tertentu selepas menerima vaksin COVID-19 ini walaupun peratusannya amat kecil.

“Tetapi, untuk vaksin Covid-19 ini, kita ada Pfizer, Sinovac serta Moderna yang keberkesanannya masih belum diketahui dan ia akan menjadi rujukan untuk masa akan datang,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, senario terbabit sama sekali berbeza dengan pengambilan suntikan BCG, Hepatitis B, Polio atau Rubella yang diwajibkan sejak zaman persekolahan.

“Tidak ada isu atau keraguan yang timbul kerana semua vaksin itu memiliki kajian dan rujukan berusia puluhan tahun sebagai bukti keberkesanan.

“Ia berbeza dengan vaksin COVID-19 ini, tidak ada rujukan perubatan untuk dijadikan panduan atau semakan, dan ini yang menimbulkan kebimbangan ramai,” katanya.

Putra
Putra

Ditanya mengenai golongan anti-vaksin yang terus menerus menolak vaksin COVID-19 ini, Putra berkata golongan tersebut sewajarnya tampil ke depan untuk berbincang secara ilmiah bersama barisan pakar perubatan, bagi meleraikan kekusutan mengenai dunia perubatan.

“Mereka golongan yang dangkal dari segi ilmu pengetahuan sains dan teknologi malah bergerak secara anonymous serta menghasut orang ramai menggunakan teori ciptaan sendiri, sedangkan tidak ada satu institusi pun mengiktiraf golongan begini,” tegasnya.

Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi fasa pertama akan bermula pada 26 Februari, membabitkan Perdana Menteri bersama petugas barisan hadapan bermula 21 Februari 2021 hari sehingga April.

Fasa kedua yang bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 akan memberi tumpuan kepada golongan berisiko tinggi, diikuti kumpulan individu berusia 18 tahun ke atas untuk peringkat seterusnya.

Peringkat ketiga suntikan vaksin itu dijadualkan bermula Mei 2021 hingga Februari tahun depan. - Getaran, 21 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 17 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad