web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Majlis Perkahwinan Cetus Kluster Libat 62 Kes Di Sabah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2021 8:12AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Satu majlis perkahwinan di Kampung Lima, Nabawan mencetuskan Kluster Lima yang direkodkan semalam melibatkan jangkitan 62 kes, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata kes indeks kluster komuniti itu adalah seorang lelaki berusia 22 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada 20 Ogos selepas mengalami gejala demam, batuk dan sakit sendi.

“Pengesanan aktif dan saringan dilakukan terhadap 134 individu terdiri daripada ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual mengesan 61 kes positif selain kes indeks, manakala ujian saringan 53 individu negatif dan selebihnya masih menunggu keputusan,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Beliau berkata satu lagi kluster direkodkan semalam ialah Kluster Pin Supu di Kinabatangan iaitu kluster tempat kerja di sebuah ladang kelapa sawit di Mukim Sukau melibatkan 35 kes positif sehingga hari ini.

“Kes indeks adalah pekerja ladang wanita berusia 40 tahun warganegara Indonesia disahkan positif COVID-19 pada 22 Ogos setelah bersimptom. Persampelan terhadap 129 individu mendapati seramai 34 kes positif, selain kes indeks, dalam kalangan kontak sosial, pekerja dan tanggungan,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata Sabah menerima lebih 1.41 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech, Sinovac dan CanSino bulan ini termasuk 515,150 dos yang tiba sepanjang minggu ini, manakala 99,400 dos Pfizer-BioNTech lagi akan sampai dari Kuching, Sarawak dalam dua hingga tiga hari ini.

Beliau berkata sehingga semalam 36.47 peratus daripada penduduk dewasa yang layak divaksin telah melengkapkan vaksin mereka iaitu dua dos untuk vaksin jenis Pfizer-BioNTech dan Sinovac, serta satu dos untuk vaksin jenis CanSino.

Sabah mencatat 2,834 kes positif COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 140,361 kes, manakala 1,077 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 107,589 orang dan seramai 5,007 pesakit sedang menerima rawatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad