web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dilema Kanak-Kanak Kuarantin Sendiri, Derita Emosi Tidak Terluah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 9:26AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Membayangkan kanak-kanak berusia 12 tahun menguruskan kehidupan harian dan makan pakai seorang diri amat meruntun hati.

Tidak tahu bagaimana mahu digambarkan ketakutan mereka bersendirian di rumah, dalam keadaan diri dijangkiti virus berbahaya tanpa tempat untuk mengadu.

Pilu, sungguh menyedihkan.

Realitinya, memang ada kanak-kanak yang terpaksa menjalani kuarantin bersendirian kerana ibu bapa terpaksa dipindahkan ke hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), manakala adik beradik lain dijaga sanak saudara kerana bebas daripada virus maut itu.

Arshad, 12, di Johor antara yang malang kerana ditakdirkan perlu menempuh dugaan seberat itu pada usia cukup muda, apabila perlu menjalani kuarantin bersendirian di rumah selepas disahkan positif COVID-19.

Virus sama meragut nyawa bapanya, manakala ibu dan seorang lagi adik dirawat di hospital kerana turut disahkan positif.  

Kes anak malang itu tular baru-baru ini, apabila fotonya mengambil sumbangan makanan di pintu pagar dipaparkan di media sosial.

Lebih menyedihkan apabila dalam keadaan sukar itu, dia terpaksa berjauhan dengan tiga lagi adiknya yang dijaga saudara, apabila keputusan ujian saringan mereka didapati negatif.

Menjalani tempoh kuarantin berbekalkan simpati dan kebaikan hati jiran serta pihak luar yang menghulurkan bantuan makanan, timbul persoalan wajarkah dia dibiarkan menjalani tempoh kuarantin seorang diri pada usia semuda itu.

Bercakap kepada Getaran, Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, adalah tidak wajar membiarkan kanak-kanak sekecil itu menjalani kuarantin kendiri sendirian di rumah, kerana ia mendedahkan mereka kepada risiko tertentu.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Katanya, golongan itu sebaliknya harus ditempatkan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) mengikut kategori jangkitan.

“Bagaimana kanak-kanak dalam usia yang begitu hijau boleh berfikir secara rasional untuk memantau keadaan diri dan kondisi semasa tahap kesihatan masing-masing?

“Dia baharu berumur 12 tahun, jadi bayangkan apa akan berlaku kepadanya jika berlaku kebakaran atau rumah dipecah masuk?

“Cukupkah pengetahuannya untuk memahami status semasa diri, seperti adakah gejala dialami perlu dimaklumkan kepada pihak berkaitan seperti Kementerian Kesihatan (KKM) atau hospital?

“Bagaimana jika keadaan kategorinya bertambah teruk semasa dia menjalani kuarantin di rumah, siapa mahu bertanggungjawab,” katanya yang juga Timbalan Dekan (Jaringan dan Penjanaan) Fakulti Perubatan UKM.

Tegas Sharifa Ezat, bukan mahu menuding jadi, namun kerajaan seharusnya lebih prihatin dalam sebarang perkara menyentuh aspek kebajikan kuarantin membabitkan kanak-kanak.

Keprihatinan itu, katanya, wajar diterjemahkan menerusi penubuhan CAC khas untuk kanak-kanak memandangkan jumlah kes membabitkan golongan itu semakin bertambah.

Penubuhan itu jelas beliau lagi, membolehkan pesakit kanak-kanak COVID-19 dipantau pegawai perubatan atau petugas dewasa supaya tahap kesihatan dan keselamatan mereka lebih terjamin.

“Mahu menempatkan mereka di CAC dewasa atau wad kurang sesuai rasanya kerana faktor usia lebih muda dan tahap jangkitan mereka biasanya kurang serius, jadi mana nak tempatkan kanak-kanak jika tiada pusat khas.

“Pihak CAC sedia ada juga perlu menjalankan tanggungjawab dengan turun padang bagi mengenal pasti kes seperti ini berdasarkan rekod pesakit dan keluarga mereka,” katanya.

Sementara itu, Pakar Psikologi Universiti SEGi, Prof Datin Dr Mariani Md Nor, berkata kanak-kanak tidak boleh ditinggalkan keseorangan atas apa juga alasan kerana kebajikan mereka perlu dijaga dan kesejahteraannya dipantau, supaya tidak berdepan gangguan fizikal serta emosi.

Dr Mariani Md Nor
Dr Mariani Md Nor

Dalam keadaan kesihatan fizikal dan mental terganggu yang dialami kanak-kanak berusia 12 tahun itu katanya, sememangnya tidak wajar dia dibiarkan berseorangan untuk menjalani kuarantin secara kendiri.

Menurut Mariani, fizikal kanak-kanak itu yang lemah akan membuatkan pergerakannya menjadi terbatas dan tidak boleh berfikir dengan baik, khususnya ketika diri sarat menanggung pelbagai emosi.

“Kalau orang yang trauma dengan kematian, perasaannya sangat pedih dan mengambil masa lama untuk pulih, jadi dalam isu kanak-kanak ini, kepedihan dialami pada usia kecil lebih sukar tanpa sesiapa di sisi.

“Kematian ayah, ibu di hospital dan kesakitan dijangkiti COVID-19 dengan ditinggalkan keseorangan, menjadikan aspek sosialisasi fizikal serta mentalnya sangat terganggu apabila tidak boleh meluahkan,” katanya.

Mariani berkata, kehadiran seseorang secara fizikal untuk menjaga kanak-kanak terbabit sekurang-kurangnya membuatkan dia tidak berasa terpinggir.

“Walaupun mungkin dia boleh menggunakan telefon atau teknologi gajet untuk berkomunikasi bersama saudara, keadaan itu tidak sama berbanding dijaga dan diberi perhatian secara fizikal.

“Jangkitan dialami meskipun dikategorikan sebagai ringan, hakikatnya kanak-kanak terbabit tidak sepatutnya dibiarkan berseorangan, malah ia berpotensi mengundang risiko lebih buruk,” katanya. - Getaran, 26 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad