Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemberontakan Komunis, Ketegasan Tunku dan Keegoan Chin Peng

Diasaskan pada tahun 1930, Parti Komunis Malaya ataupun PKM adalah antara watak penting dalam melakar sejarah negara. Ia merupakan satu pertubuhan yang menentang penjajahan British pada ketika itu. Namun ketika Perang Dunia Kedua, PKM secara tidak langsung terpaksa berganding bahu dengan tentera British untuk menentang pendudukan tentera Jepun di Malaya. Bagaimanapun, selepas peperangan tersebut berakhir dengan kekalahan Tentera Jepun, gerakan bersenjata PKM tidak berakhir di situ. Ikuti laporan khas siri pendek multimedia Getaran, Teras Merdeka, kali ini  menemu bual dua bekas Ketua Polis Negara bagi menceritakan bagaimana pemberontakan komunis di negara berakhir 41 tahun selepas ia bermula pada 1948.

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 9:25AM

Sekolah Kebangsaan Tunku Putra, tempat Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersemuka dengan barisan pemimpin PKM untuk membuat rundingan. - Gambar oleh Muharram Kassim

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Percubaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk menamatkan pemberontakan bersenjata yang masih utuh membelenggu negara berlangsung dalam masa enam bulan selepas putera raja Kedah itu dilantik menjadi Menteri Besar Malaya pada tanggal 1 Ogos 1955.

Tunku bersungguh-sungguh dan berkobar-kobar mahu bersemuka dengan barisan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang enggan meletakan senjata, meskipun Perang Dunia Kedua telah berakhir dan Tentera Jepun sudah berundur dari Malaya.

Namun, pihak British yang masih menjajah Malaya ketika itu tidak bersetuju dengan keputusan Tunku mahu bertemu dengan PKM di Sekolah Inggeris Baling, Kedah, kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tunku Putra.

Batu peringatan di Sekolah Tunku Putera yang menceritakan tentang Rundingan Baling. - Gambar oleh Muharram Kassim
Batu peringatan di Sekolah Tunku Putera yang menceritakan tentang Rundingan Baling. - Gambar oleh Muharram Kassim

“British tidak setuju dengan rundingan di Baling itu,” tegas mantan ketua polis negara (KPN) keempat, Tun Mohammed Hanif Omar dalam satu temu bual bersama Getaran baru-baru ini.

“Mereka takut Tunku bersetuju dengan sebarang cadangan yang akan dikemukakan oleh PKM. Tapi Tunku nak pergi juga. Beliau sudah menang Pilihan Raya Umum 1955 dan dah jadi Menteri Besar Malaya.

“Orang Putih (British) ingat Tunku lemah, dari segi pemikiran apa semua. Mereka takut beliau dipermainkan oleh Chin Peng. Tapi Tunku nak pergi juga (ke Rundingan Baling),” jelas Hanif.

Sangkaan British terhadap keperibadian Tunku ternyata meleset, apabila beliau berkeras mahu PKM meletakan senjata dan membubarkan pertubuhan yang memulakan gerakan bersenjata mereka sehingga darurat terpaksa diisytiharkan pada tahun 1948.

Hanif Omar berkata pihak British risau Tunku Abdul Rahman akan dipermainkan oleh Chin Peng dalam Rundingan Baling. - Gambar oleh Mustaffar Kamal
Hanif Omar berkata pihak British risau Tunku Abdul Rahman akan dipermainkan oleh Chin Peng dalam Rundingan Baling. - Gambar oleh Mustaffar Kamal

“Tunku kata dekat Ching Peng, serah diri dan aku akan bagi pengampunan. Tapi Ching Peng tak mahu serah diri. Jadi rundingan itu gagal,” ujar Hanif.

Sikap Tunku yang enggan berlembut dengan pihak komunis jelas beliau, meskipun terpaksa menggadaikan peluang untuk mencapai keamanan melalui rundingan bukanlah satu pendirian yang memeranjatkan.

“Tunku sensitif terhadap kehendak rakyat. Majoriti Orang Melayu tak boleh terima komunis.

“Tunku punya sokongan politik adalah daripada kalangan Orang Melayu dan Orang Melayu berkeras pada masa itu,” tambahnya.

Menurut Hanif, 9,914 pengganas komunis telah berjaya dihapuskan sehingga 1954,  manakala 4,034 anggota keselamatan mengalami kecederaan atau terbunuh,

Orang awam turut tidak terlepas daripada menjadi mangsa kekejaman pengganas PKM, apabila 4,393 individu diculik dan dibunuh.

Batu surat di Tugu Peringatan Pengeboman Lebuh Raya Barat Timur yang menceritakan tentang keganasan komunis. - Gambar oleh Muharram Kassim
Batu surat di Tugu Peringatan Pengeboman Lebuh Raya Barat Timur yang menceritakan tentang keganasan komunis. - Gambar oleh Muharram Kassim

Kegagalan Rundingan Baling menyebabkan Malaya terpaksa meneruskan peperangannya dengan PKM yang terkenal dengan taktik perang gerila, dan ia  berlarutan sehingga penghujung 80an.

Antara serangan yang dilancarkan oleh PKM selepas negara mencapai kemerdekaan adalah pengeboman 63 buah jentolak Jabatan Kerja Raya pada 23 Mei 1974 semasa pembinaan Lebuh Raya Timur-Barat (Gerik-Jeli).

Tugu Peringatan Pengeboman Lebuh Raya Barat-Timur. - Gambar oleh Muharram Kassim
Tugu Peringatan Pengeboman Lebuh Raya Barat-Timur. - Gambar oleh Muharram Kassim

Malah, konflik bersenjata dengan PKM itu menjadi kian sengit sehingga perintah darurat terpaksa diisytiharkan buat kali kedua pada 1968 sehingga 1989, yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Perdamaian antara kedua-dua pihak.

Perkara itu disahkan mantan KPN kelima, Tan Sri Abdul Rahim Noor yang terbabit secara langsung dalam rundingan berkenaan.

Menurut Abdul Rahim, Chin Peng ataupun nama sebenarnya, Ong Boon Hua, hanya muncul setelah semua perincian dan syarat perjanjian ditandatangani di Hat Yai pada 2 Disember tahun itu. - Gambar oleh Azim Rahman
Menurut Abdul Rahim, Chin Peng ataupun nama sebenarnya, Ong Boon Hua, hanya muncul setelah semua perincian dan syarat perjanjian ditandatangani di Hat Yai pada 2 Disember tahun itu. - Gambar oleh Azim Rahman

Menurut beliau, pasukannya membuat keputusan untuk berunding dengan PKM, setelah mendapat maklumat risikan bahawa Parti Komunis China tidak akan menghalang sebarang usaha damai oleh Malaysia bersama pengganas bersenjata itu.

“Pada masa itu saya merupakan Pengarah Cawangan Khas yang mengetuai pihak Malaysia dalam rundingan perdamaian berkenaan.

“Saya masih ingat lagi intipati lima siri perundingan yang berlaku sepanjang tahun 1988 hingga 1989,” katanya, mengimbas kembali peristiwa bersejarah itu.

Menurut, Abdul Rahim, Chin Peng ataupun nama sebenarnya, Ong Boon Hua, hanya memunculkan diri setelah kesemua perincian dan syarat perjanjian ditandatangani di Hat Yai pada 2 Disember tahun itu.

“Itulah kali pertama saya jumpa Chin Peng. Saya tanya dia, ‘apa sebab, awak mulakan pemberontakan (pada tahun 1948) tu? Dia jawab, ‘kami yakin kami boleh menang.’

“Dia menganggap, masanya sesuai untuk memberontak, untuk mengangkat senjata pada tahun 1948 itu,” tegasnya.

Rentetan daripada termeterainya perjanjian itu jelas Abdul Rahim, PKM yang diasaskan pada tahun 1930 dibubarkan.

“Pihak PKM sendiri mengisytiharkannya selepas menandatangani perjanjian itu.

“Mereka yang tidak mahu pulang, dibenarkan mendiami sebuah perkampungan yang dibina untuk mereka di Selatan Thailand, manakala jika mahu balik, harus bersumpah untuk taat setia kepada negara. Tiada tangkapan akan dibuat terhadap mereka. Kalau tidak ada IC, mereka boleh memohon.

The past is the past (yang lepas biarkan berlalu),” ujarnya. - Getaran, 25 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

MKN, KPN Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Saya Tidak Pernah Jadi Komunis, Abdul Hadi Tuduh Tanpa Bukti - Kit Siang

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Saman Pesuruhjaya PAS Perak Berhubung Ucapan Berbaur Fitnah

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Tidur Dengan Mayat Komunis Masih Terpahat Di Ingatan Veteran Tentera Wok

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

Semasa 1 hari yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza

Semasa 6 jam yang lalu

SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar