web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Saman Pesuruhjaya PAS Perak Berhubung Ucapan Berbaur Fitnah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 7:00AM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berhubung ucapan yang didakwa mengaitkan beliau membawa budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta menyokong ideologi komunis.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan memfailkan saman itu menerusi Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Taiping dengan menamakan Razman, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gunong Semanggol selaku defendan tunggal.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar selaku plaintif mendakwa pada 6 November lepas, defendan berucap mengenai perkara itu pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 di pasar malam Tebuk Pancur, dan ucapan berkenaan disiarkan secara langsung melalui klip video di akaun Facebook defendan  yang mendapat tontonan melebihi 94,400 kali, melebihi 5,100 reaksi, 429 kali perkongsian dan melebihi 2,600 komen sehingga hari ini.

Dakwa Presiden PKR itu, siaran video langsung Facebook tersebut kemudian diterbitkan menerusi artikel  bertarikh 6 November, dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di dalam sebuah portal berita.

Ahli Parlimen Tambun itu mendakwa kata-kata fitnah itu dan penerbitan artikel berkenaan antara lain membawa maksud beliau adalah seorang penipu, mengamalkan dan menyokong ideologi komunis serta menggalakkan perkahwinan sejenis.

Dakwa plaintif, kata-kata fitnah itu dibuat untuk menjatuhkan reputasinya dan dakwaan dalam artikel berkenaan adalah tidak benar kerana plaintif sentiasa memperjuangkan ajaran dan nilai teras Islam dan mengecam semua dakwaan agenda LGBT selain memperjuangkan agenda reformasi yang lebih besar untuk tadbir urus.

Anwar mendakwa kata-kata fitnah oleh defendan dibuat bertujuan untuk mencemarkan nama baik plaintif dengan menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian terhadapnya dan parti semasa tempoh berkempen untuk PRU-15 bulan lepas.

Menurut plaintif, defendan telah melanggar Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi kesalahan menimbulkan permusuhan semasa kempen pilihan raya selain mendakwa defendan gagal mengemukakan permohonan maaf kepada plaintif berhubung tindakannya itu.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan serta memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada terus mengungkapkan atau menyebabkan penerbitan artikel memfitnah yang serupa selain menuntut kos, faedah dan relif lain yang sesuai.

Peguam Datuk SN Nair ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad