web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Titah SPRM Siasat Menyeluruh Kes Rasuah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 1:23PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengaminkan doa selepas menyampaikan titah ucapan sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat DUN Selangor Yang Ke-14 di Bangunan Dewan Negeri Selangor hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh terhadap laporan-laporan berkaitan rasuah melibatkan semua pihak bagi membersihkan negeri itu daripada amalan rasuah.

Baginda juga berharap agar pelaku rasuah dihadapkan ke mahkamah dan jika disabit kesalahan, perlu dihukum dengan hukum berat sebagai mesej penolakan rakyat terhadap gejala rasuah.

Sultan Sharafuddin yang turut menzahirkan rasa kesal kerana masih ada penjawat awam dan pemimpin politik tidak jujur dalam melaksanakan amanah walaupun telah banyak kali diberi ingatan, bertitah bahawa baginda juga ada menerima laporan mengenai siasatan SPRM terhadap pemimpin politik berkaitan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Beta mengingatkan sekali lagi bahawa Beta tidak mahu mendengar sebarang laporan tentang penglibatan mana-mana pegawai kerajaan dan pemimpin politik negeri Beta di dalam amalan rasuah ini.

“Perasuah tiada tempat dalam masyarakat dan perlu kita perangai habis-habisan,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Selangor Ke-14, di sini hari ini. 

Sultan Sharafuddin bertitah impian Selangor untuk menjadi negeri maju akan sukar dicapai andai kata ada pemimpin politik dan pegawai kerajaan berterusan mementingkan kuasa dan kedudukan serta menjadikan amalan rasuah sebagai budaya hidup dengan mengetepikan kepentingan rakyat dan tidak berusaha memajukan semula ekonomi negeri yang teruk terjejas akibat COVID-19.

"Beta bimbang, pada usia beta 75 tahun ini, beta tidak sempat untuk melihat Selangor menjadi sebuah negeri yang maju dan pesat membangun dengan segala kemudahan yang menjamin keselesaan rakyat seperti kita semua idamkan," titah baginda.

Dalam pada itu, baginda turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan dan komitmen semua petugas barisan hadapan khususnya doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang bertungkus-lumus bekerja bagi memberi rawatan kepada pesakit COVID-19.

"Beta sangat menghargai semangat mereka yang tidak pernah luntur dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Beta,” titah baginda. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran