Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Dari Dapur Hotel Ke Meja Makan Anda

Dengan situasi ekonomi yang semakin meruncing, banyak hotel yang mula menfokuskan jualan makanan secara dalam talian untuk menjana pendapatan. Biarpun pilihan menu agak terhad, tetapi menu kegemaran ramai sudah boleh ditempah.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menikmati hidangan hotel ketika musim pandemik bukanlah sesuatu yang mustahil. Memang benar kita dilarang menjamu selera di luar, tetapi kita punya pilihan untuk membawa pulang hidangan hotel ke rumah. Boleh self pick-up atau gunakan servis penghantaran. 

Dengan situasi ekonomi yang semakin meruncing, banyak hotel yang mula menfokuskan jualan makanan secara dalam talian untuk menjana pendapatan. Biarpun pilihan menu agak terhad, tetapi setidak-tidaknya signature menu yang menjadi kegemaran ramai boleh ditempah.

Makanan hotel yang mana menjadi pilihan hati? Semak senarai tawaran berikut. Mungkin ada yang berkenan di hati.

 

Char Kuetiau, Grand Dorsett Subang
Char Kuetiau, Grand Dorsett Subang

1) 7.7 Dining Deal – Grand Dorsett Subang

Tawaran yang dibawakan oleh Grand Dorsett Subang ini memang sukar dilepaskan. Dengan 7.7 Dining Deal, anda hanya perlu membayar RM77 bersih untuk tiga jenis hidangan membuka selera. Terdapat lebih daripada 30 jenis hidangan yang tersedia.

Antaranya ialah Dorsett Char Kuetiau, double cheeseburger, spaghetti bolognaise, soto madura, beriani ayam, nasi lemak pandan dan mi goreng mamak. 

Spaghetti Bolognaise, Grand Dorsett, Subang
Spaghetti Bolognaise, Grand Dorsett, Subang

Untuk membuat pesanan dan melihat menu penuh, anda boleh ke sini. Boleh pilih penghantaran terus ke rumah, atau ambil sendiri di hotel. Jadi tunggu apa lagi? Pesan makanan lima bintang anda hari ini! Tawaran ini sah sehingga 31 Julai 2021. 

Untuk pertanyaan lebih lanjut, anda juga boleh menghubungi talian 03-5031 6060 ext 1954 atau emelkan kepada [email protected] 

The Living Room, The Westin Kuala Lumpur
The Living Room, The Westin Kuala Lumpur

2) Hidangan dari Marriott Bonvoy

Portofolio hotel dan resort, Marriott Bonvoy kini berada di GrabFood. Ini bermakna anda boleh menikmati pelbagai hidangan premium daripada rangkaian hotel ini dengan hanya membuat tempahan di hujung jari. 

Ini adalah jalinan kerjasama julung-julung kalinya di antara Marriott International dengan platform Grab. Malah ia adalah kerjasama paling komprehensif di antara Grab dengan sektor perhotelan.

The Brasserie, The St. Regis Kuala Lumpur
The Brasserie, The St. Regis Kuala Lumpur

Di Malaysia, Marriott Bonvoy mempunyai 14 restoran yang mengambil bahagian di platform GrabFood.

Ini termasuk The Brasserie (The St. Regis Kuala Lumpur), The Living Room (The Westin Kuala Lumpur), Flock (W Kuala Lumpur) TRACE (Elemen Kuala Lumpur),Yen (W Kuala Lumpur), Nook (Aloft Kuala Lumpur Sentral), Quan's Kitchen and Jann (Four Points by Sheraton Kuala Lumpur), Pesta (Hotel Sheraton Petaling Jaya), Café BLD and Wan Li (Renaissance Johor Bahru Hotel),  L'Orangerie (The St.Regis Langkawi), Citarasa Bermusim (The Westin Langkawi Resort & Spa) dan Nook (Aloft Langkawi Pantai Tengah).

Daripada cita rasa antarabangsa seperti lobster tagliatelle dan Black Angus Beef Tenderloin, hinggalah ke citarasa tempatan seperti Penang Char Kuetiau, mi goreng mamak, nasi lemak, kari laksa dan banyak lagi, restoran-restoran ini menawarkan pelbagai pilihan membuka selera. 

 

Baked Lobster, Geno Hotel
Baked Lobster, Geno Hotel

3) Citarasa barat dan tempatan dari Geno Hotel, Shah Alam

Geno Hotel, Shah Alam menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk anda nikmati bersama keluarga. Salah satu tawaran yang harus direbut ialah hidangan serendah RM10 jika anda memesan secara katering (minimum 5 pek).

Dengan harga ini anda boleh memilih set-set yang digemari seperti nasi beriani dan ayam masak merah, nasi kukus dan ayam Kong Pao, chicken spaghetti, fish and chips, chicken chop dan banyak lagi, bergantung kepada hari. 

Seleksi katering Geno Hotel
Seleksi katering Geno Hotel

Jika anda bukan dari keluarga yang ramai, bolehlah buat tempahan secara ala carte.

Jangan bimbang tentang harga, kerana makanan dari dapur hotel ini dijual pada harga yang berpatutan. Bahkan, anda berpeluang mendapat potongan harga sebanyak 20% jika bil berbelanja RM100 ke atas.

Untuk senarai menu, anda boleh ke akaun Facebook Geno Hotel dan untuk tempahan anda boleh menghubungi talian 03 -5033 6666  atau 012-503 3961. Boleh juga hantarkan pesanan WhatsApp di http://www.wasap.my/+60125033961

 

Zuan Yuan Chinese Restaurant, One World Hotel
Zuan Yuan Chinese Restaurant, One World Hotel

4) Pelbagai promosi dari One World Hotel Petaling Jaya

Jika anda pernah menjamu selera di Cinnamon Coffee House dan Zuan Yuan Chinese Restaurant, One World Hotel Petaling Jaya, pasti anda sudah maklum benar tentang kelazatan hidangan dari dua lokasi selera ini. 

Contoh terbaik, bufet Ramadan, Cinnamon Coffee House tidak pernah mengecewakan. Dengan barisan seleksi yang terdiri daripada citarasa tempatan, Asia dan antarabangsa, bufet Ramadan di sini tidak pernah sunyi daripada kehadiran pengunjung.

Begitu juga dengan Zuan Yuan Chinese Restaurant, keenakan hidangan dim sum mereka menjadi bualan ramai. Tidak ketinggalan angsa panggangnya yang manis berjus. Kerangupan kulitnya membuat ramai yang terpikat.

Thailicious, One World Hotel
Thailicious, One World Hotel

Jadi, kalau sudah rindu dengan pelbagai hidangan dari hotel ini, tak perlu pening-pening kepala. Tempah sahaja secara dalam talian. Penghantaran adalah percuma jika anda tinggal dalam radius 5 kilometer dari hotel (tempahan minimum RM50). Ataupun anda boleh ambil sendiri. 

Antara promosi yang boleh direbut ialah ‘Take-away Special’ dari Zuan Yuan Chinese Restaurant yang berharga RM15.80 sahaja. Ada lapan hidangan yang tersedia seperti Nasi Goreng Yangchow,  nasi ayam masam manis, nasi goreng ayam panggang dan nasi goreng itik panggang.

Jika anda penggemar masakan Thai, jangan lepaskan peluang promosi ‘Thai-licious’ yang kini sedang berlangsung di Cinnamon Coffee House. Tidak kalah dengan harganya yang serendah RM15.80, menu yang tersedia pasti tidak menghampakan. 

Untuk tempahan, anda boleh menghubungi talian 03 - 7681 1157 atau hantarkan pesanan Whatsapp ke 016-210 9521. Untuk mengetahui lebih banyak tentang promosi makanan dari hotel ini boleh intai ke Facebook One World Hotel Petaling Jaya. - Getaran, 12 Julai 2021

Sorotan

1

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

2

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

4

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

5

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

6

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

7

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Selera 26 minit yang lalu

Selepas 50 Tahun, Bubur Lambuk Tetel Masjid Jorak Elahi Tetap Diminati

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN