web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Makanan Perlu Elak Pada Waktu Malam

Selain waktu makan yang perlu diperhatikan, jenis makanan yang diambil juga perlu diambil kira. Beberapa jenis makanan ada yang boleh membuat perut membuncit serta sukar melelapkan mata.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Makan malam sebaiknya tidak lebih dari pukul 8 malam. Jika anda terlalu sibuk sehingga terlajak waktu makan malam, pastikan jangan melebihi jam 9.00 malam. Ini agar makanan yang diambil tidak berkumpul menjadi kalori berlebihan ketika tidur dan menyebabkan kegemukan.

Selain waktu makan yang perlu diperhatikan, jenis makanan yang diambil juga perlu diambil kira. Beberapa jenis makanan ada yang boleh membuat perut membuncit, berat badan naik serta sukar melelapkan mata. Cuba semak senarai makanan di bawah. Lihat apa yang perlu dielakkan untuk makan malam.

Gambar: Eaters Collective, Unsplash
Gambar: Eaters Collective, Unsplash

1) Pasta

Jika anda dalam mood untuk membentuk otot tubuh badan, pengambilan karbohidrat memang membantu. Bagaimanapun, ada pilihan yang lebih bijak berbanding pasta.

Pasta merupakan salah satu makanan tinggi karbohidrat yang boleh menyebabkan ukur lilit pinggang bertambah jika diambil untuk makan malam. Berbeza jika diambil selepas anda melakukan senaman.

Gambar: Alexander Schimmeck, Unsplash
Gambar: Alexander Schimmeck, Unsplash

2) Coklat

Coklat bukan sahaja tinggi dengan kandungan gula dan lemak, tetapi ia juga mengandungi kafein. Jika anda seorang yang sensitif atau alah dengan kafein, coklat boleh membuatkan kualiti tidur anda terjejas. Jangan jadi burung hantu! Tidur yang tidak mencukupi boleh menjejaskan penurunan berat badan.

Gambar: Nadya Filatova, Unsplash
Gambar: Nadya Filatova, Unsplash

3) Cili api / cili padi

Benar, pengambilan makanan pedas/ bercili boleh membakar lemak di dalam dalam. Bagaimanapun pengambilan cili padi pada masa tidak sesuai boleh menyebabkan pedih ulu hati terutamanya jika diambil selepas jam 9.00 malam. 

Cili akan buat perut rasa tidak selesa. Zat di dalam cili boleh mengganggu tahap selesa perut sehingga membuat anda tak lena tidur. Sebolehnya, elakkan makanan bercili pada waktu malam.

Gambar: Jason Swaby, Pexels
Gambar: Jason Swaby, Pexels

4) Daging Merah atau Protein Tinggi

Pengambilan protein memang bagus kepada tubuh badan kerana ia mampu memperbaiki tisu-tisu badan terutama setelah melakukan latihan senaman secara intensif. Bahkan, protein juga kurang impak kepada tahap gula dalam darah. 

Bagaimanapun, daging merah adalah salah satu makanan yang sukar untuk dicerna. Selain itu, makanan berprotein tinggi juga cenderung membuat proses pencernaan lebih lama sehingga membuatkan seseorang itu sukar hendak melelapkan mata.

5) Piza

Selepas ini anda mungkin berfikir dua kali sebelum membuat keputusan untuk menempah piza untuk hidangan makan malam. Ada banyak sebab mengapa anda harus berfikir begitu.

Mengikut kajian, topping berkeju bersama sos tomato boleh mengubah tidur malam menjadi mimpi ngeri. Sebabnya, kandungan asid dalam tomato boleh menyebabkan sakit perut pada tengah malam.

Lebih teruk, kandungan karbohidratnya juga sangat tinggi. Jadi, risiko berat badan bertambah lebih tinggi. 

Berikut adalah panduan makan malam yang sihat yang dikongsi oleh Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, MyHEALTH.

  • Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan malam. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
  • Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak.
  • Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.
  • Waktu makan malam yang sesuai adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya anda tidur lewat dan berasa lapar, ambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.
  • Makan pada lewat malam tidak digalakkan. Ini kerana pengambilan makanan yang hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan mengganggu waktu tidur anda.
  • Jangan makan sambil menonton televisyen. Sebabnya ia akan membuat anda leka sehingga tidak tidak sedar berapa banyak anda telah anda suap ke dalam mulut.
  • Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi boleh mengakibatkan gangguan tidur.
  • Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam (selepas PKP), janganlah ambil semua jenis makanan yang terhidang. Makanlah secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong.
Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadi mulai sekarang perhatikan menu makan malam dan amalkan diet yang tepat agar anda lebih sihat, bertenaga dan langsing! You are what you eat. Eat healthy live happy! - Getaran, 21 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN