web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenama Sos Dan Perasa, ANGEL Raikan Ulang Tahun ke-80 Bersama Chef Aaron Khor

ANGEL mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan terkenal dengan rasa autentik

Selera Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2025 6:58PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama sos dan perasa yang telah lama berada dalam pasaran Malaysia, ANGEL baru-baru ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Chef Aaron Khor, yang merupakan salah seorang pengasas sebuah restoran Cina popular.  

Kolaborasi ini adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-80 jenama tersebut.

Menerusi satu kenyataan media, ANGEL menjelaskan bahawa kerjasama ini bukan sekadar meraikan warisan selama lapan dekad, tetapi juga memberi nafas baharu kepada citarasa klasik masakan Cina-Malaysia dengan pendekatan moden yang menepati selera generasi masa kini.

Ditubuhkan pada tahun 1945, jenama ANGEL yang mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), terkenal dengan rasa autentik yang terhasil melalui proses penapaian semula jadi yang mengambil masa sehingga 180 hari. 

Produk ikonik seperti kicap cair (Light Soy Sauce) dan taucu (Bean Paste) telah menjadi bahan asas dalam masakan rakyat Malaysia dari satu generasi ke generasi seterusnya.

“Selama 80 tahun, ANGEL telah menjadi sebahagian daripada hidangan harian keluarga Malaysia. Saya berasa bangga apabila terpilih untuk meraikan ulang tahun jenama ini dan ini merupakan satu penghormatan besar terhadap warisan yang telah membentuk rasa tempatan selama beberapa dekad,” ulas Chef Aaron  yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Chef of the Year oleh Buro Malaysia.

“Melalui kerjasama ini, kami ingin memberi inspirasi kepada generasi muda untuk lebih menghargai rasa tempatan serta mencipta semula hidangan tradisional dalam cara yang lebih segar dan berani.

“Bekerjasama dengan ANGEL membolehkan kami menyatukan rasa klasik dengan pendekatan kontemporari. Kami mahu membuktikan bahawa rasa tempatan boleh terus berkembang tanpa melupakan asal-usulnya,” tambah Chef Aaron.

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, ANGEL turut memperkenalkan produk terbaharu, Mala Seasoning Sauce yang merupakan gabungan unik rasa pedas mala dengan kemewahan umami kicap tradisional ANGEL. 

Paduan dua rasa ini menghasilkan rasa berani yang membangkitkan nostalgia sambil menarik minat generasi baharu. - Getaran, 25 Julai 2025

Foto : Angel

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 3 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi