web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


12 Pastri Artisanal Baharu Daripada ORITO Yang Mesti Anda Cuba

Fasa terbaharu ORITO dengan rasa unik, sentuhan seni perancis dan anekdot yang terus berkembang

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2025 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggemar pastri dan manisan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang mungkin sudah tahu tentang ORITO, bakeri artisanal yang diinspirasikan daripada budaya Perancis. 

Terkenal dengan choux yang meminat selera, ORITO baru-baru ini mengambil langkah besar seterusnya dengan memperkenalkan 12 pastri baharu yang setiap satunya dihasilkan dengan teliti menggunakan teknik klasik Perancis serta mempunyai rasa unik.

Koleksi pastri terbaharu ini menandakan satu fasa baharu dalam perjalanan ORITO, yang kini berkembang daripada sebuah kafe pastri kecil kepada ruang gaya hidup di mana orang ramai boleh berkumpul untuk menikmati makanan yang enak dan mencipta memori yang bermakna. 

Kekal dengan falsafah asalnya, setiap sajian disediakan segar dan tidak pernah dipanaskan semula. 

Menu baharu ini menampilkan hidangan istimewa seperti Saint Honoré dalam bentuk flan, flan coklat hazelnut, flan pistachio, flan beri campuran, pistachio raspberi donut, Donat Rocher, serta Tart Telur Perancis yang kaya dan berkrim.

Setiap gigitan mencerminkan komitmen ORITO terhadap makanan berkualiti dan jujur.

ORITO mula dibuka di Plaza Damas, Sri Hartamas pada akhir 2020, tepat ketika pandemik melanda. Ketika banyak perniagaan mengalami kemerosotan, ORITO berani melangkah ke hadapan, menawarkan pastri artisan yang berkualiti. 

Berbekalkan momentum tersebut, cawangan kafe kedua dibuka di TTDI pada September 2023, memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi makanan yang disediakan dengan penuh perhatian. 

Terbaharu, ORITO turut melancarkan kios di ISETAN KLCC, direka untuk memudahkan mereka yang sentiasa sibuk dan on-the-go untuk mendapatkan pastri kegemaran mereka. 

“Saya bukan seorang yang banyak bercakap. Jadi, saya biarkan makanan yang berbicara. Di ORITO, setiap hidangan adalah sesuatu yang saya sendiri bangga untuk menikmatinya. Kami hasilkan segalanya tanpa jalan pintas, tanpa hiasan berlebihan, hanya makanan yang enak dan jujur,” ulas Pengasas ORITO, Justin Tang. 

Tambah Justin, koleksi pastri baharu ini melambangkan permulaan baharu dalam perjalanan ORITO daripada kafe pastri kecil kepada ruang gaya hidup di mana orang ramai boleh berkumpul, berkongsi makanan enak, dan mencipta kenangan bersama. 

Satu lagi kelebihan ORITO yang perlu anda tahu ialah, setiap hidangan, sama ada masakan panas atau pastri, semuanya disediakan segar, penuh rasa, dan tidak pernah dipanaskan semula. 

Justin memulakan perjalanannya jauh dari dapur. Beliau pada asalnya mengambil jurusan kejuruteraan kimia sebelum menemui minat sebenar dalam bidang kulinari. Ini membawanya ke Paris, di mana beliau memperoleh Grand Diplôme yang berprestij dalam masakan dan pastri Perancis dari Le Cordon Bleu.

Sepanjang enam tahun yang penuh transformasi di Perancis, jejaka ini menimba pengalaman di dapur profesional, menyelami budaya tempatan, dan mempelajari bahasa Perancis. 

Pengalaman-pengalaman ini bukan sahaja membentuk kemahiran beliau, tetapi juga membina gaya dan falsafah unik yang menjadi identiti ORITO hari ini. 

Sempena pelancaran ini, ORITO turut terpilih untuk mempamerkan pilihan pastri khas mereka di pameran Salon Du Pain, yang kini sedang berlangsung di Isetan Lot 10 sehingga 8 Jun, dari 10 pagi hingga 10 malam. 

Acara eksklusif ini meraikan sajian bakar premium, dan ORITO dengan bangga mewakili bakat tempatan bersama nama-nama terkenal seperti Kenny Hills Bakers, Universal Bakehouse, BASK.Malaysia dan ramai lagi. 

Para pengunjung berpeluang mencuba flan pistachio yang menjadi bualan ramai, serta beberapa pastri dari koleksi terbaharu ini. - Getaran, 2 Jun 2025

Foto : Rahayu MN

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 3 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi