web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dapatkan Roti Berkrim Durian Musang King Sunshine Edisi Terhad

Roti berkrim istimewa ini mengandungi isi durian Musang King sebenar yang berkualiti tinggi

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2025 7:56PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggemar raja buah mungkin sudah mendapatkan produk terbaharu di pasaran ini. Maklumlah ia tersedia dalam tempoh yang terhad, jadi tak akan buang masa bukan? 

Bagi yang belum tahu, Sunshine Bakeries dengan bangganya memperkenalkan Roti Berkrim Durian Musang King edisi terhad, menjadikan raja buah-buahan Malaysia sebagai satu sajian baharu yang sukar ditolak! 

Roti berkrim istimewa ini mengandungi isi durian Musang King sebenar yang berkualiti tinggi. Ia menawarkan rasa berkrim yang menggoda, khusus untuk para pencinta durian yang tidak mahu melepaskan peluang. Ditawarkan secara eksklusif bermula 15 Mei 2025, roti istimewa ini hanya tersedia dalam tempoh yang terhad.

Jika anda mahu menjadi salah seorang yang tidak boleh berkata tidak dengan durian, cepat-cepatlah ke kedai berhampiran untuk beli dan nikmati rasa mewah dan unggul Musang King dalam bentuk baharu yang menarik.

Sunshine Bakeries telah bekerja keras di sebalik tabir untuk mencipta kejutan buat para peminat durian. Teaser sempena Hari April Fool yang lalu telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat sehingga menjadi tular dengan ribuan perkongsian, membuktikan betapa kuatnya cinta rakyat Malaysia terhadap raja buah ini. Kini, impian itu menjadi realiti. 

Roti Berkrim Durian Musang King Sunshine akhirnya dilancarkan, membawa semula rasa cinta yang membuak-buak dalam setiap sapuan krim durian berkualiti tinggi. 

Seiring dengan kreativiti Sunshine, roti krim ini bukan sekadar sajian manis, tetapi merupakan satu cara mencipta detik-detik kegembiraan dan ikatan sesama insan. 

Sama ada anda penggemar durian tegar atau hanya ingin mencuba, Sunshine mengalu-alukan anda untuk turut serta dalam kegembiraan ini.

Bagi rakyat Malaysia, Musang King adalah raja segala durian, sesuai dengan namanya. Isinya yang berkrim dan manis berwarna emas itu bagaikan harta karun tropika yang ditunggu-tunggu saban musim oleh pencinta durian sejati. 

Roti Berkrim Durian Musang King Sunshine ini menghargai warisan kebangsaan tersebut dengan kombinasi roti lembut dan gebu yang diisi krim durian Musang King yang mewah. 

Setiap kunyahan memberikan rasa durian yang mewah dan lemak berkrim. Roti berkrim ini hadir dalam bentuk yang mudah dibawa ke mana-mana, sesuai dengan gaya hidup moden masa kini. 

Sama ada anda sedang bekerja, dalam perjalanan atau bersantai di rumah, Roti Berkrim Durian Musang King Sunshine menyajikan pengalaman durian gourmet tanpa kerumitan, tiada kulit keras untuk dibelah, tiada jari yang melekit. Hanya keenakan durian dalam setiap suapan yang memanjakan deria rasa anda.

Roti Berkrim Durian Musang King Sunshine boleh didapati di pasar raya utama  dan kedai serbaneka terpilih di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. 

Edisi ini sangat terhad, bila habis, tiada pengeluaran semula! Roti berkrim ini bukan sahaja sesuai untuk dikongsi, dijadikan hadiah atau sekadar memanjakan diri, malah menambahkan keceriaan pada setiap detik istimewa anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Sunshine Bakeries di https://www.sunshinebakeries.com.my/ atau ikuti Sunshine Bakeries di Instagram. - Getaran, 27 Mei 2025

Foto : Sunshine Bakeries

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 4 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN