web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


K Fry Urban Korean Kini Disahkan Halal, Boleh Makan Tanpa Ragu

Biarpun baru mendapat sijil halal Jakim, restoran ini telah menggunakan bahan-bahan daripada pembekal yang disahkan halal sejak ia mula beroperasi.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2024 12:18PM

Anchovies & Tuna Rice Ball

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rangkaian restoran ayam goreng Korea kegemaran Malaysia yang diasaskan di negara ini, K Fry Urban Korean baru-baru ini dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka kini secara rasminya disahkan halal! 

Pencapaian terbaharu restoran kegemaran rakyat Malaysia ini membuktikan pihak pengurusan mereka memberikan komitmen teguh bagi memastikan pelanggan yang beragama Islam boleh menjamu selera tanpa ragu-ragu. 

Daripada hidangan signature seperti ayam keju ‘bumbuk’ K Fry, bebola nasi, hingga ‘bingsoo’ (ais kisar  Korea), rakyat Malaysia kini boleh menikmati hidangan kegemaran K Fry dengan jaminan bahawa semua makanan disediakan mengikut piawaian Halal yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengerusi Halal dan Pengarah Operasi K Fry Urban Korean, Ismail Sulaiman berkata, K Fry amat teruja untuk membuka lembaran baharu dan berhasrat memperkenalkan cinta terhadap makanan Korea kepada lebih ramai rakyat Malaysia. 

“Dengan pensijilan Halal ini, kami mengambil langkah penting untuk mencapai keterangkuman yang lebih baik, sambil tetap mengekalkan cita rasa dan kreativiti dalam masakan Korea moden yang telah menjadi identiti kami,” ulasnya.

Ismail Sulaiman
Ismail Sulaiman

Sejak ditubuhkan pada 2016, K Fry telahsinonim dengan ayam goreng yang rangup dan berjus, disaluti dengan sos yang pelbagai  perisa serta disajikan bersama lauk sampingan kegemaran ramai. 

Dengan pensijilan Halal, K Fry kini lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia, di samping kekal setia kepada komitmennya terhadap masakan korea yang asli  dan lazat. 

Proses pensijilan Halal melibatkan pemeriksaan menyeluruh terhadap keseluruhan rantaian bekalan, dari sumber bahan mentah sehingga cara penyediaan. Ini untuk memastikan bahawa K Fry mematuhi piawaian tertinggi dalam keselamatan makanan dan kepatuhan agama, menjadikannya pilihan yang dipercayai untuk semua rakyat Malaysia.

“K Fry kini membuka pintunya dengan lebih luas, mengalu-alukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menikmati ayam goreng ikonik kami. Ini bukan sahaja bukti dedikasi kami terhadap kualiti, tetapi juga penghormatan kami terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia,” tambah Ismail.

Pengurus Pemasaran K Fry, Shahirah Razid (kiri) dan Ismail
Pengurus Pemasaran K Fry, Shahirah Razid (kiri) dan Ismail

Sempena pencapaian bersejarah ini, K Fry menawarkan kempen "Ganjaran Bulan Halal K Fry" dari 24 Oktober hingga 22 November 2024. Sepanjang tempoh ini, sebanyak 10,500 set Ayam ‘Soonsal’ bernilai RM270,000 akan diberikan secara percuma kepada pelanggan yang berdaftar sebagai ahli aplikasi K Fry  untuk menjamu selera di semua cawangan K Fry! 

Pelanggan boleh menikmati Ayam Soonsal (Ayam Tanpa Tulang) percuma dengan pembelian hidangan terpilih seperti K Fry Chicken Bumbuk, K Fry K'rispy Chicks, K Fry Chicken Wings, K Fry Snow Cheese Chicken, atau K Fry Soonsal Chicken.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini tentang K Fry Urban Korean, sila layari laman web serta Facebook atau Instagram rasmi K Fry. - Getaran, 6 November 2024

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 4 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN