Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jurugaya Bantu Promosi Makanan Korea Ke Pentas Global

Ko Young-ok, pelopor bidang penggayaan makanan kongsi pelbagai kisah di belakang tabir pembikinan drama, filem popular Korea

Selera Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2024 8:34AM

Sinseollo (royal hot pot) versi moden yang ditampilkan dalam Mr Queen (2020). gambar Ko Young-ok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ko Young-ok dari Studio Chorokchanjang diiktiraf sebagai pelopor bidang penggayaan makanan khususnya dalam pembikinan drama dan filem di Korea Selatan. 

Malah, beliau berjaya mencatat sejarah sebagai jurugaya makanan 'sepenuh masa' pertama dalam set penggambaran K-drama, iaitu bermula dengan drama Princess Hours atau Goong terbitan MBC pada 2006.

Ko Young-ok mengubah bunga bagi drama Chip In (2020).
Ko Young-ok mengubah bunga bagi drama Chip In (2020).

"Ketika itu, kerjaya sebagai jurugaya makanan masih belum begitu dikenali dan baru muncul. Selalunya, makanan yang disajikan di set drama disediakan oleh kakitangan syarikat penerbitan yang bertanggungjawab mengenai makanan.

"Saya adalah jurugaya makanan sepenuh masa pertama yang diupah untuk drama istimewa itu," katanya ketika ditemu bual portal Korea Times.

Mengulas lanjut, Young-ok berkata, sepanjang 20 tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan, beliau sudah terbabit dalam pelbagai rancangan popular di negara itu, sekali gus membantu mencetuskan 'kegilaan' terhadap  K-drama.

Antara hasil karyanya boleh dilihat dalam drama Coffee Prince (2007), Boys Over Flowers (2009), Let's Eat (2013), Mr. Queen (2020), Reborn Rich (2022) dan The Forbidden Marriage (2022).

Salah satu babak dalam drama romantik Princess Hours atau Goong (2006).
Salah satu babak dalam drama romantik Princess Hours atau Goong (2006).

Sebenarnya, graduan Korea National Open University (Kesusasteraan Perancis) itu tidak pernah membayangkan dirinya memiliki kerjaya dalam penggayaan makanan sehinggalah terbabit dalam sebuah program televisyen, lantas 'membuka pintu' untuk dia terbabit secara serius dalam bidang berkenaan.

"Saya memang amat meminati bidang seni. Saya belajar seni gubahan bunga dan pembuatan tembikar.

"Tetapi sebaik saya melihat program TV itu, saya tahu ia adalah sesuatu yang ingin saya lakukan," katanya.

Susulan itu, beliau mengikuti kursus penggayaan makanan selama setahun di Institut Penyelidikan Nutrisi dan Makanan Asia di Ewha Womans University pada 2002.

Kek setinggi 1.6 meter yang dipaparkan dalam drama bersiri Reborn Rich (2022) terbitan JTBC.
Kek setinggi 1.6 meter yang dipaparkan dalam drama bersiri Reborn Rich (2022) terbitan JTBC.

Sejak itu, Young-ok belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai kemahiran kulinari dan memperoleh pelbagai sijil dalam bidang masakan, penghasilan pastri, roti dan kek.

Mengimbau kembali tugas sebagai jurugaya makanan bagi rancangan TV, katanya, ia bermula dengan menyediakan kotak makanan tengah hari bagi siri drama Hanppyeom terbitan MBC pada 2003.

Katanya, ia mendapat maklum balas yang baik daripada penonton kerana berjaya menggambarkan kehidupan harian sebenar rakyat Korea Selatan.

Antara babak dalam drama komedi The Forbidden Marriage (2022).
Antara babak dalam drama komedi The Forbidden Marriage (2022).

Rancangan itu membuka peluang kepada beliau untuk terbabit dalam pembikinan drama Princess Hours yang berkisar mengenai kisah Putera Mahkota,  Lee Shin (Ju Ji-hoon) dan pasangannya, Chae-kyeong (Yun Eun-hye). 

Drama itu mendapat sambutan menggalakkan di seluruh Asia dan menyumbang kepada penyebaran budaya 'hallyu' di peringkat antarabangsa.

Young-ok turut berkongsi bahawa warna turut memainkan peranan penting bagi menimbulkan 'suasana' tertentu dalam filem atau drama Korea, misalnya dalam filem The Sword with No Name (2009) yang berlatarkan Dinasti Joseon pada era 1392 - 1910.

Antara dalam drama romantik komedi Boys Over Flowers (2009).
Antara dalam drama romantik komedi Boys Over Flowers (2009).

"Makanan yang dihidangkan ketika makan malam dihasilkan dalam warna yang lebih gelap bagi mewujudkan suasana suram," katanya mengulas mengenai permintaan pengarah filem itu ketika merakamkan babak Maharani Myeongseong dibunuh.

Bagi Young-ok, keperluan dalam kerjaya mendorong beliau mengikuti pengajian mengenai warna di Graduate School of Culture, Information and Public Policy di Hongik University.

Berdasarkan pengalaman dan kepakarannya itu, Young-ok kini menjadi tenaga pengajar di pelbagai sekolah kulinari, termasuk Korea Hotel & Tourism Technical College dan Corea Culinary Officer Occupational Training College. - Getaran, 12 April 2024

Sorotan

1

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

2

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

3

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

4

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

5

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

6

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 1 hari yang lalu

Cantik Tak Perlu Sakit Dengan Rawatan Penyingkiran Rambut Strip AFT

oleh Rahayu MN