web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muruku, Tart Nanas Juadah Istimewa Aidilfitri Klien PUSPEN Kota Bharu

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 4:10PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Walaupun terpisah dengan 'dunia luar', ketibaan Aidilfitri tetap dinanti-nantikan oleh klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Kota Bharu untuk meraikannya bersama insan tersayang.

Bagi mereka kehadiran ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai ketika sesi lawatan pada hari lebaran nanti pasti memberi kegembiraan dan lebih istimewa peluang untuk berkongsi juadah hari raya, terutama muruku serta tart nanas yang klien sendiri hasilkan di pusat tersebut.

Malah, ketika kunjungan BERNAMA ke PUSPEN Kota Bharu baru-baru ini kebanyakan klien sedang sibuk menyiapkan muruku sambil diberi tunjuk oleh warden cara pembuatannya bermula daripada proses mengadun hingga pembungkusan.

Seorang klien, Shidee, 21, (bukan nama sebenar) yang baru enam bulan berada di pusat itu tidak menyangka proses membuat muruku dan tart nanas ini sangat mudah serta tidak memerlukan kudrat yang banyak.

"Bahan-bahannya juga mudah seperti tepung beras, tepung gandum, telur, dan marjerin. Masa untuk yang diambil juga tidak lama dan sesiapa saja tidak kira wanita mahupun lelaki boleh membuatnya.

"Saya gembira kerana dapat belajar ilmu baharu bersama rakan-rakan di sini yang sentiasa tolong-menolong. Tidak sabar nak bagi keluarga kami rasa juadah ini ketika mereka datang melawat hari raya nanti," katanya.

Shah, 17, (bukan nama sebenar) pula berkata resipi membuat muruku dan tart nanas yang dipelajarinya di pusat itu akan digunakan sebaik mungkin, selain bercadang untuk mengusahakan produk tersebut bagi menjana pendapatan apabila dibebaskan nanti.

"Saya masuk ke Puspen ini secara sukarela kerana terlibat dengan salah guna bahan terlarang. Di sini banyak ilmu dan pengalaman baharu dipelajari sebagai bekalan apabila saya dibebaskan nanti," katanya yang berasal dari Selangor.

Sementara itu, Pengarah Puspen Kota Bharu, Adzmiral Nawi berkata, inisiatif menghasilkan produk Sokongan Untuk Kepulihan Anda (SUKA) yang dilaksanakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), mendedahkan klien dengan kemahiran baharu sebelum kembali semula kepada keluarga dan masyarakat.

"Setakat ini kita mempunyai 33 klien lelaki berusia 21 tahun ke bawah dan mereka ini datang secara sukarela untuk menjalani fasa pemulihan selepas terjebak dengan najis dadah.

"Oleh itu, kami telah aturkan pelbagai program yang bermanfaat kepada klien supaya apabila bebas nanti mereka dapat gunakan ilmu yang diberikan ini dan tidak mengulangi kesilapan lama," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selera 4 tahun yang lalu

Muruku Laris Menjelang Thaipusam, Tahun Baharu Cina 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN