Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Muruku Laris Menjelang Thaipusam, Tahun Baharu Cina 

Resipi turun-temurun keluarga Khalibu menjadi pilihan orang ramai setiap kali musim perayaan.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 4:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang musim perayaan, keluarga Khalibu sememangnya sibuk menyiapkan tempahan muruku daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sempena perayaan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi, Pengarah Urusan Khabilu Manufacturing Sdn. Bhd., Hakimullah Khabilu, 28, berkata, pihaknya menerima banyak tempahan makanan ringan itu daripada individu, kelab, persatuan malah syarikat besar.

Beliau berkata, perniagaan turun-temurun itu diasaskan sejak 56 tahun lepas oleh datuknya, M.Shamsudin Ali Mohamed yang merupakan seorang pedagang dari Ramanathapuram, India.

“Dengan menggunakan resipi asli, datuk kami mula berniaga kekacang dan muruku menggunakan kereta sorong roda tiga di panggung wayang Capitol di George Town. Jualan kemudian dikembangkan ke beberapa panggung wayang lain di bandar raya itu dan daripada situ datuk saya nampak semua lapisan masyarakat membeli makanan ringan ini.

"Tiada lagi istilah muruku sebagai makanan khas satu kaum. Kini, setiap kali musim perayaan di Malaysia, syarikat kami menerima tempahan muruku daripada setiap lapisan masyarakat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kilangnya di sini baru-baru ini.

Hakimullah dan adik-adiknya, Ahmad Tahbranni, 26, Kabirul, 19, dan Muhamad Shamsudin,17, telah dilatih sejak kecil untuk mewarisi perniagaan keluarga. 

Ahmad Tahbranni yang merupakan Ketua Eksekutif Pemasaran berkata, sejak kecil beliau dan adik-beradiknya telah diajar memasak, membungkus, menghantar pesanan malah turut mengikut bapa mereka menjual muruku dan kekacang di pasar pagi, pasar malam dan kedai-kedai yang disewa.

“Ayah memastikan kami belajar dari proses pembuatan hingga jualan. Saya dan abang wajib membantu ayah berniaga di Rope Walk sejak zaman sekolah dan kini saya mempunyai cawangan sendiri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

"Sekarang giliran dua adik saya pula membantu ayah kerana ia proses pembelajaran wajib bagi meneruskan legasi perniagaan ini,” katanya.

Beliau berkata, penghasilan muruku dan kekacang di kilang hanya bermula sejak dua tahun lepas kerana sebelum ini semua proses tersebut dilakukan di rumah mereka di Ayer Itam dekat sini.

"Kami tidak menyangka ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, kami menghasilkan 20 tan muruku dalam masa seminggu dan ia mencatat sejarah tersendiri sejak perniagaan ini diusahakan,” katanya dengan menambah kilang mereka ketika ini mampu menghasilkan satu tan muruku dalam masa sehari untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Menurut Ahmad Tahbranni, perniagaan keluarganya telah menembusi pasaran luar negara dengan mengeksport muruku ke Dubai tahun lepas dan mereka merancang untuk mengembangkan pasaran muruku buatan Malaysia ke seluruh dunia. - Bernama

Gambar: Ariff Sarbri, Bernama

Berita Berkaitan

1

Selera 2 minggu yang lalu

Muruku, Tart Nanas Juadah Istimewa Aidilfitri Klien PUSPEN Kota Bharu

2

Budaya 2 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

3

Jelajah 2 bulan yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

4

Semasa 2 bulan yang lalu

10,000 Hadiri Rumah Terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini