web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2024 7:56AM

Pekerja menunjukkan ketupat yang dijual di gerai Ketupat Mohd Zaim di Semabok, Melaka. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Ketupat kini bukan lagi eksklusif untuk hari raya. Bahkan di sebuah gerai di Kampung Bukit Godek, Semabok di sini, ketupat nasi berserta lauk-pauk rendang tersedia setiap hari.

Pengusaha, Mohamad Zaim Othman, 34, berkata kira-kira 3,500 ketupat nasi dijual setiap hari di gerainya yang menjadi tumpuan ramai dan jumlah jualan turut meningkat sejak awal Ramadan. 

Mohamad Zaim Othman menunjukkan ketupat yang dijual di gerainya. - gambar BERNAMA
Mohamad Zaim Othman menunjukkan ketupat yang dijual di gerainya. - gambar BERNAMA

Lebih membanggakan, katanya, juadah tradisi itu mendapat permintaan syarikat makanan retort untuk dijual di pasaran Singapura. 

Beliau yang mewarisi perniagaan itu daripada dua generasi sebelumnya sejak lapan tahun lepas mengakui ketupat buatan mereka kini semakin dikenali lebih-lebih lagi menerusi promosi di platform media sosial seperti TikTok, Facebook dan WhatsApp.

"Untuk jualan Hari Raya Aidilfitri nanti, kira-kira 50,000 ketupat akan dijual pada petang terakhir Ramadan namun tiada tempahan dibuka jadi orang ramai hanya perlu terus datang ke kedai untuk membelinya.

"Seperti kita tahu pada hari raya ramai yang mencari ketupat dan ia ibarat emas, jadi apabila kita jual secara terus kepada pelanggan dapat memberikan rasa kemeriahan sambutan Aidilfitri," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mohamad Zaim berkata, promosi jualan ketupat untuk Aidilfitri juga telah dilakukan sejak awal Ramadan, dengan kebanyakan pelanggan bukan sahaja dari kawasan sekitar malah sejauh daerah Alor Gajah dan Jasin. 

Bagi memastikan bekalan mencukupi dan jualan berjalan lancar, Mohamad Zaim mengupah 30 orang untuk menganyam sarung ketupat daripada daun kelapa.

"Untuk menjaga kualiti, saya juga akan merebus ketupat nasi itu selama 24 jam...bagi menghasilkan tekstur ketupat yang lembut dan mampu bertahan lebih lama selain memberi rasa lebih enak," katanya yang turut dibantu empat orang pekerja.

Menurut usahawan itu, beliau masih mengekalkan harga sama sejak lima tahun lepas iaitu RM1.25 sebiji walaupun harga bahan asas telah meningkat tahun lepas.

"Untuk memudahkan pembelian, ketupat ini dijual secara set iaitu satu ikat ada empat biji ketupat berserta serunding dan ikan bilis," katanya.

Pekerja memasak rendang bagi dimakan dengan ketupat yang dijual di gerai Ketupat Mohd Zaim. - gambar BERNAMA
Pekerja memasak rendang bagi dimakan dengan ketupat yang dijual di gerai Ketupat Mohd Zaim. - gambar BERNAMA

Selain ketupat pihaknya turut menyediakan pelbagai jenis rendang setiap hari seperti rendang ayam, kaki ayam, hati ayam, daging serta kari kambing selain sambal ikan bilis dan serunding.

"Sebanyak 15 ekor ayam diperlukan setiap hari untuk menyediakan rendang yang dimasak dengan menggunakan resepi istimewa warisan ibu saya manakala untuk jualan hari raya biasanya jumlah ayam akan berganda hingga mencecah 30 ekor," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN