Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Resipi Sahur Mudah, Sedap Dan Sihat

Resipi ini disediakan oleh Cef Mohd Zulhilmi Abdullah, Café Columbia, Columbia Asia Hospital - Tebrau

Selera Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 8:52PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah seminggu berpuasa, pasti sudah banyak menu sahur yang telah disediakan untuk diri sendiri mahupun untuk seisi keluarga.

Syabas kepada semua, terutamanya golongan ibu yang tidak pernah gagal memasak di dapur pada Ramadan kali ini.

Minggu ini, apa pula seleksi menu yang ingin anda sediakan untuk sahur? Maklumlah, memikirkan hidangan sahur boleh dianggap mencabar, lebih-lebih lagi jika tidak mahukan mahukan resipi yang tidak hanya mudah disediakan, tetapi juga menyihatkan dan mampu menambat selera di awal-awal pagi. 

Jadi, untuk membantu anda mendapat idea, di sini Getaran persembahkan tiga resepi ringkas yang menepati kriteria di atas.

Ketiga-tiga resipi ini disediakan oleh Cef Mohd Zulhilmi Abdullah, Café Columbia, Columbia Asia Hospital – Tebrau.

Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

1 bahagian dada ayam, dipotong dadu  

2 sudu besar serbuk kunyit

Garam dan serbuk lada putih secukup rasa

2 sudu besar minyak masak

½ biji bawang besar Holland, dihiris 

2 biji bawang putih, dihiris

2 sudu besar sos tiram

½ cawan air

2 batang kacang panjang, potong memanjang

10 keping lobak merah yang dihiris bulat

8 ketul kubis bunga, potong dadu

Secubit daun ketumbar

Cara memasak:

Perap ayam bersama satu sudu serbuk kunyit dan secubit garam.

Panaskan kuali dengan minyak masak, gorengkan ayam sehingga sedikit garing, kemudian asingkan ayam tersebut.

Di dalam kuali yang sama, tumis bawang Holland dan bawang putih dan kacau sehingga naik bau, kemudian masukkan satu sudu serbuk kunyit dan dua sudu sos tiram. Kacau kira-kira 20 saat, kemudian tambah sedikit air.

Seterusnya, masukkan kacang panjang, lobak merah dan kubis bunga serta kacau hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk lada putih secukup rasa dan kacau hingga sebati.

Masukkan ayam yang telah dimasak tadi, gaulkan kesemuanya hingga sebati. Hiaskan dengan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.

Nasi Goreng Telur

Bahan-bahan:

3 sudu besar minyak masak

2 biji bawang putih hiris

2 biji telur ayam

2 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil minyak bijan

1 mangkuk nasi putih

Garam dan serbuk lada putih secukup rasa

Daun bawang untuk hiasan

Cara memasak:

Panaskan kuali dengan minyak masak dan masukkan bawang putih dan telur. Kacau telur sehingga ia hancur. Masukkan sos tiram dan minyak bijan dan kacau seketika.

Masukkan nasi putih. Kemudian, gaul hingga sebati. Tambahkan sedikit garam dan serbuk lada putih secukup rasa. Kacau hingga sebati.

Goreng 1 biji telur di dalam kuali asing dan taburkan daun bawang ke atas nasi goreng sebagai hiasan. Sedia untuk dihidang.

Telur Mata Paprik

Bahan-bahan:

3 sudu minyak masak

1 biji telur ayam

½ biji bawang besar Holland, hiris

2 biji bawang putih, hiris

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

½ sudu besar sos ikan

½ cawan air

1 batang serai yang diketuk

5 keping daun limau

Secubit atau dua cubit daun ketumbar yang dihiris kecil

8 keping lobak merah yang dihiris bulat 

8 ketul kubis bunga, potong dadu

2 sudu besar capsicum merah yang dipotong dadu

2 biji cili padi merah yang diketuk

Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng 1 biji telur dan asingkan telur tersebut. Di dalam kuali yang sama, tumis bawang Holland dan bawang putih. Kacau sehingga naik bau.

Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau kira-kira 20 saat, seterusnya, tambah sedikit air.

Masukkan serai, daun limau, daun ketumbar, lobak merah, kubis bunga, capsicum merah dan cili padi. Gaul kesemua bahan hingga sebati.

Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau hingga sebati. Tuangkan sos paprik yang telah siap dimasak ke atas telur goreng tadi. Hiaskan hidangan dengan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.

Selamat bersahur! – Getaran, 20 Mac 2024

Foto : Café Columbia, Columbia Asia Hospital - Tebrau

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN

Gaya 5 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 20 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN