web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Kurus-Kurus? Gagal Diet, Salah Siapa?

Niat di hati mahu diet, tapi kenapa tidak ada perubahan?

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2021 9:26AM

Gambar: Thought Catalog, Unsplash

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa hal mempengaruhi kita untuk tetap sahaja makan, meskipun perut kita sebenarnya tidaklah berasa lapar. Bagi anda yang sedang berada dalam proses diet, harus selalu waspada dengan beberapa hal berikut kerana ia boleh menjadi salah satu punca anda gagal dalam program diet.

1 – Kebosanan

Pada satu keadaan, ada kalanya kita merasa bosan. Ada banyak perkara yang dilakukan bagi mengatasi kebosanan, salah satunya adalah dengan makan. Secara tidak sedar, makan menjadi pilihan, biarpun perut sebenarnya tidak mengirimkan isyarat lapar. Jika anda memiliki masalah sebegini, hindari keinginan untuk makan itu tadi dengan menyibukkan diri dengan aktiviti tertentu. Membaca atau berkebun, misalnya.

2 – Pengaruh Persekitaran

Biasanya berlaku ketika anda sedang berkumpul bersama teman atau keluarga. Ketika sedang berkumpul, anda cenderung untuk menyediakan makanan sebagai pelengkap suasana. Di masa inilah, anda akan ‘tergoda’ dengan makanan yang sedang dinikmati oleh mereka. Walaupun perut tidak merasa lapar, tangan anda secara tidak sengaja pantas sahaja mengambil makanan tersebut, lalu disuapkan terus ke dalam mulut. Awas!

Akses kepada makanan dan persekitaran memberi kesan kepada diet. Gambar: Rodnae Production, Pexels
Akses kepada makanan dan persekitaran memberi kesan kepada diet. Gambar: Rodnae Production, Pexels

3 – Akses Mudah 

Apabila makanan ada di hadapan mata dan sangat mudah untuk mencapainya, anda akan terfikir, “Apa salahnya rasa sedikit?”. Nah, ini adalah salah satu pendorong kita untuk makan walaupun tidak merasa lapar. Jika anda sedang diet, anda boleh menghindarinya dengan menjauhkan diri daripada tempat persediaan makanan. Dalam kata mudah, dapur. Oh, ruang makan juga ya. Sederhana, tetapi berkesan.

4 – Tekanan

Setelah dilanda tekanan yang berat kerana tanggungjawab tertentu, anda biasanya terfikir untuk mendapatkan makanan. Otak anda akan menganggap ia sebagai suatu hadiah kendiri kerana kesibukan anda itu tadi. Biasanya individu akan memilih makanan yang manis.

Jika kamu ingin menghindarinya, cuba alihkan keinginan untuk makan itu tadi dengan berjalan-jalan anak. Boleh juga minum secangkir kopi hangat atau teh hijau. Cara ini berkesan untuk melepaskan keinginan dan ketegangan kamu untuk makan.

5 – Menghadiri Majlis

Pada saat berkunjung ke majlis di rumah sanak-saudara, wajib mereka menghidangkan makanan-makanan yang lazat. Jika anda seorang yang tidak mampu menolak, secara automatik anda akan makan. Lagi pula, apa kata tuan rumah jika anda menolak, bukan?

Solusinya, anda boleh menerima makanan itu tetapi hendaklah dimakan dengan seimbang. Alternatif lain, anda juga boleh menerima pelawaan itu tadi dengan membungkus dan membawa pulang untuk anda makan ketika anda benar-benar memerlukan.  – Getaran, 8 Februari 2021

Cabaran paling besar-- menolak pelawaan makan. Gambar: Elmer Canas, Unsplash
Cabaran paling besar-- menolak pelawaan makan. Gambar: Elmer Canas, Unsplash

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

3

TARA 2 tahun yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Makanan Macam 'Goodies' Majlis Kahwin, MAB Jadi Bahan Lawak Penumpang

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 4 jam yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

oleh Rahayu MN