Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Chendul Teochew Pulau Pinang, Zus Coffee Kini Terbang Tinggi Bersama AirAsia 

Santan bijak memikat selera pengembara apabila tampil dengan dua penghilang dahaga kegemaran ramai iaitu Chendul Teochew Pulau Pinang dan Zus Coffee dalam penerbangan AirAsia.

Selera Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2023 5:15PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita gembira kepada pengembara yang sering menggunakan penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Kini anda boleh menambah senarai hidangan yang mesti dinikmati ketika berada di udara apabila penyedia perkhidmatan dalam penerbangan, Santan mula menjual Chendul Teochew Pulau Pinang dan Zus Coffee. 

Kedua-dua hidangan ini telah dilancarkan baru-baru ini menerusi inisiatif, ‘The Next Big Thing’ yang dipaparkan dalam majalah penerbangan terbaharu yang ada di dalam semua penerbangan AirAsia. 

Inisiatif ini bertujuan memperkukuhkan jenama tempatan dan barangan buatan Malaysia dalam kalangan penumpang penerbangan AirAsia dan Airasia X.

Chendul Teochew Pulau Pinang adalah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan keaslian rasanya sentiasa menjadi buruan ramai. Tetamu AirAsia kini dapat menikmati pencuci mulut istimewa ini pada harga RM10, di semua penerbangan AirAsia (AK).

“Kami bangga dapat bekerjasama dengan Chendul Teochew Pulau Pinang, satu nama yang penuh dengan warisan. Mengekalkan kualiti dan rasa asli yang sama pada ketinggian 35,000 kaki adalah tanggungjawab yang kami pikul dan kami berbesar hati untuk mengesahkan bahawa rasa hidangan di dalam penerbangan masih sama dengan yang dijual di Pulau Pinang,” ujar Pengurus Besar Santan, Catherine Goh.

Tambah Catherine lagi, inisiatif yang dibawakan oleh Santan ini membolehkan tetamu  AirAsia dan AirAsia X untuk sama-sama menyatakan sokongan kepada  perusahaan tempatan  dalam penerbangan. 

"Dedikasi kami melangkaui segalanya yang juga komited untuk menyediakan satu platform dalam mempamerkan kejayaan pelbagai jenis jenama tempatan, terutama ketika pengguna mula berminat  untuk menyokong dan memilih jenama tempatan. Inisiatif ini menawarkan peluang kepada  tetamu penerbangan untuk membeli belah dan pada masa yang sama menyokong pelbagai jenis jenama tempatan kita.

"Kami teruja untuk memperkenalkan rangkaian ‘wira tempatan’ yang dipilih dengan teliti. Setiap edisi majalah dalam penerbangan kami akan memperkenalkan perniagaan tempatan yang unik, menjanjikan satu pengalaman perjalanan yang indah untuk tetamu AirAsia," tambah beliau.

Selain Chendul Teochew Pulau Pinang dan Zus Coffee, jenama tempatan lain yang turut serta dalam promosi adalah: 

Jovian: Kerjasama unik pereka terkenal Datuk Jovian Mandagie dengan AirAsia, menawarkan ciptaan fesyen eksklusif yang dijual dalam penerbangan, termasuk hijab bergaya, beg beli-belah pelbagai fungsi dan wangian mewah.

Petit Moi: Jenama yang menghasilkan produk pakaian kanak-kanak dan dewasa berkualiti tinggi yang menawarkan kemewahan dan keselesaan yang boleh diakses oleh semua. 

Gigi: Jenama penjagaan gigi yang menawarkan produk 100 peratus vegan, produk bebas kekejaman yang dirumus dengan kebaikan semula jadi untuk faedah pergigian yang optimum.

Chuck's: Jenama kecantikan Malaysia dengan rangkaian produk yang memenangi anugerah buatan Korea, berfungsi sebagai barang keperluan penjagaan kulit untuk penggemar kecantikan.

The StreetPaw: Sebuah perusahaan sosial yang membantu haiwan yang tiada tempat tinggal dengan menjual makanan haiwan. 20 peratus daripada keuntungan disalurkan kepada agensi perlindungan haiwan. 

Legendary Malaysia: Diinspirasikan oleh budaya dan warisan Malaysia, sebuah jenama yang mencipta wangian ikonik yang dicari di seluruh dunia.

JYNN's Malaysia: Jenama kesihatan dan kesejahteraan bertaraf antarabangsa yang memberi tumpuan kepada makanan suplemen untuk kesihatan dan kesejahteraan semua.

Owlet: Menawarkan rangkaian wangian premium yang boleh diakses oleh semua, menampilkan bauan yang menceritakan kisah keperibadian dan gaya unggul. 

ASK Fragrance: Wangian yang dihasilkan oleh eksekutif kru kabin AirAsia yang sudah lama berkhidmat dan sangat popular di laman tiktok, Armand. Diinspirasikan oleh pakaian seragam AirAsia yang ikonik, reka bentuk botol wangian ini bercirikan pakaian seragam kru kabin AirAsia. 

Empro: Sebuah syarikat terkemuka dalam industri kesihatan dan kecantikan, berdedikasi untuk meningkatkan kesejahteraan dan keyakinan individu melalui rangkaian penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sulaman.

Semua produk daripada jenama tempatan itu kini dijual di semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X sehingga Mac 2024, sementara stok masih ada. – Getaran, 28 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 21 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

3

Ekonomi 3 minggu yang lalu

AirAsia Sambung Laluan Penerbangan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pelakon Popular Thailand, Tay Tawan Promosikan Thailand Bersama AirAsia

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 21 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN

Jelajah 14 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN