web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


The Baker’s Son Untuk Pilihan Roti Sihat Dan Menyelerakan

Selepas lebih 10 tahun, The Baker’s Son berwajah baharu yang mengutamakan kesegaran dan kualiti dalam produk roti.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 4:37PM

Produk roti keluaran The Baker's Son hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi dan premium, serta menolak penggunaan bahan pengawet, pewarna tiruan atau bahan tambahan.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

The Baker’s Son, kedai roti rangkaian Jaya Grocer, kini tampil dengan wajah baharu selepas lebih sepuluh tahun menyediakan roti berkualiti tinggi.

Wajah baharu ini diperkenalkan di Sunway Geo dan akan segera diperluaskan ke semua cawangan Jaya Grocer pada masa akan datang.

Ketua Chef Pastri The Baker's Son, Peter Tan, berkata misi syarikat itu sejak dahulu lagi adalah untuk menyediakan alternatif yang sihat kepada pelanggan tanpa menjejaskan kualiti serta rasanya.

“Sehingga hari ini, kami masih membawa misi yang sama, di mana kami hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi dan premium, serta menolak penggunaan bahan pengawet, pewarna tiruan atau bahan tambahan.

“Kami berbangga dengan wajah baharu kami yang mencerminkan prinsip-prinsip ini dan yakin ia akan menarik lebih ramai pelanggan yang prihatin tentang kesihatan diri,” ujarnya.

Ketua Chef Pastri The Baker's Son, Peter Tan.
Ketua Chef Pastri The Baker's Son, Peter Tan.

Tan berkata, pengenalan wajah baharu itu bagi memenuhi citarasa pengguna yang semakin pelbagai dan mengutamakan penjagaan kesihatan.

Justeru, katanya, wajah baharu The Baker’s Son bersandarkan kepada tiga ciri utama iaitu komitmen kepada kualiti; ketelusan dalam ramuan, dan harga berpatutan.

Beliau berkata, setiap produk mencerminkan dedikasi pihaknya terhadap penyediaan roti yang berkualiti, melibatkan beberapa peringkat percubaan untuk menjamin rasa roti yang terbaik.

“Roti kami hanya mengandungi bahan semula jadi yang sering digunakan dalam penyediaan roti, bebas daripada bahan pengawet.

“Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang mempunyai alahan, kami telah mengemaskini label kami dengan menyenaraikan alahan umum seperti telur atau kacang.

“Kami kekal komited untuk menyediakan produk berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan, memastikan pilihan yang lebih sihat tersedia untuk semua pelanggan, dengan harga bermula dari RM6.90,” katanya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng, Ketua Baker dari The Baker's Son, Peter Tan, Ketua Pasaran Segar Jaya Grocer, Kimberly Xavier, dan Ketua Pegawai Pemasaran Jaya Grocer, Joseph Teoh dengan beberapa produk yang sihat semasa pelancaran penampilan baharu The Baker's Son di Sunway Geo baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng, Ketua Baker dari The Baker's Son, Peter Tan, Ketua Pasaran Segar Jaya Grocer, Kimberly Xavier, dan Ketua Pegawai Pemasaran Jaya Grocer, Joseph Teoh dengan beberapa produk yang sihat semasa pelancaran penampilan baharu The Baker's Son di Sunway Geo baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng, berkata penampilan baharu itu juga merangkumi seluruh koleksi roti, bermula dari roti klasik hingga French butter croissants, yang sudah terjual lebih daripada 100,000 keping setiap bulan.

“Kami menyedari kepentingan produk-produk ini sebagai hidangan asas setiap keluarga, justeru kami berhasrat untuk menawarkan pilihan yang lebih baik dan lebih sihat.

"Tidak lama lagi, kami juga akan memperkenalkan The Baker’s Son patisserie di beberapa cawangan terpilih, menawarkan pilihan kek berukuran 4 inci yang ideal untuk keluarga dan majlis kecil,” katanya.

The Baker's Son menganjurkan Bengkel Bakeri Kanak-kanak eksklusif untuk Ahli Jaya Grocer.
The Baker's Son menganjurkan Bengkel Bakeri Kanak-kanak eksklusif untuk Ahli Jaya Grocer.
Peserta kanak-kanak mendapat tunjuk ajar daripada chef.
Peserta kanak-kanak mendapat tunjuk ajar daripada chef.

Sempena pelancaran wajah baharu, baru-baru ini The Baker's Son menganjurkan Bengkel Bakeri Kanak-kanak eksklusif untuk Ahli Jaya Grocer.

Inisiatif itu memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk merasai keseronokkan dalam proses pembuatan roti, berikutan ia melibatkan sesi bimbingan memasak, aktiviti menghias pastri, dan permainan yang menghiburkan untuk kanak-kanak tersebut sambil menunggu roti mereka masak. – Getaran, 8 Disember 2023

Foto : The Baker’s Son

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia