web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ikan Budu Lauk Pilihan Musim Tengkujuh, Pancing Selera Penggemar

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 9:36PM

Ikan budu kembung dijual pada harga antara RM5 hingga RM10 sebungkus - gambar BERNAMA  

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Selain putu halba, ikan darat dan ubi 'tonyoh', ikan budu menjadi antara sajian pilihan penduduk Kelantan pada musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut ini.

Walaupun aroma ikan budu yang diperam antara enam hingga lapan bulan sangat kuat dan kurang menyenangkan, ia dianggap lauk yang cukup menyelerakan bagi penggemarnya. 

Peniaga di Pasar Siti Khadijah, Rahmah Jaafar, 64, berkata sejak minggu lepas permintaan terhadap makanan bermusim itu meningkat sekali ganda.

"Dalam beberapa hari ini, ramai pelanggan yang datang mencari ikan budu, jadi saya tambah stok jualan sekali ganda iaitu kira-kira 30 bungkus sejak semalam.

"Memang setiap tahun bila musim banjir pelanggan akan beli dua atau tiga bungkus terus dan jualan kita cepat habis berbanding di luar musim monsun," katanya ketika ditemui BERNAMA di sini hari ini.

Rahmah yang berniaga di pasar itu sejak 38 tahun lepas berkata bekalan diperoleh dari Pengkalan Kubor, Tumpat dan dijual pada harga antara RM5 hingga RM10 sebungkus bagi ikan budu kembung.  

Rahmah Jaafar menunjukkan ikan budu kembung yang dijual - gambar BERNAMA
Rahmah Jaafar menunjukkan ikan budu kembung yang dijual - gambar BERNAMA

Seorang lagi peniaga, Husin Musa, 59, dari Kampung Suri, Tumpat berkata ikan budu menjadi pilihan pelanggan kerana produk itu mampu bertahan hingga berbulan-bulan. 

“Pada musim tengkujuh biasanya ikan segar agak mahal atau sukar diperoleh, jadi penduduk menjadikan ikan budu sebagai alternatif selain ia sangat menjimatkan untuk dijadikan lauk bagi keluarga yang kurang berkemampuan," katanya.

Pelanggan, Amran Sidek, 46, berkata dia sentiasa menyimpan stok ikan budu sebagai persediaan setiap kali musim tengkujuh.

Bapa kepada enam anak itu berkata ikan budu yang digoreng bersama telur, bawang besar dan sedikit cili merupakan hidangan kegemaran mereka sekeluarga.

“Untuk beli ikan budu, kita kena pandai pilih kerana ikan budu yang terlampau masin atau diperap dalam tempoh yang agak lama kurang enak dimakan,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia