web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Mamat Khalid Realisasikan Menu Mee Kari Kuah Laksa Di Ah Mat Kafe

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2023 4:28PM

Anak kedua Allahyarham Mamat Khalid, Nor Sara Mohamad, 32, menunjukkan menu Mee Kari Kuah Laksa ketika ditemui Bernama di Ah Mat Cafe baru-baru ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - "Pak Jabit, nak mee kari kuah laksa", dialog watak Yah Kuchai dalam filem Kampung Pisang Bersiri arahan Allahyarham Mohamad Mohd Khalid atau Mamat Khalid, mungkin masih diingati oleh peminat filem negara ini.

Keenakan Mee Kari Kuah Laksa yang sebelum ini hanya wujud dalam filem itu, kini boleh dirasai di Ah Mat Kafe, kafe yang diusahakan Nor Sara Mohamad, 32, anak kedua Allahyarham Mamat Khalid.

Nor Sara berkata idea untuk memasukkan menu Mee Kan Kuah Laksa itu tercetus, apabila dia mahu peminat turut merasai menu dicetuskan arwah bapa dalam skrip filem itu.

"Ada cerita di sebalik menu Mee Kari Kuah Laksa ini, papa kata ia makanan biasa yang di 'pesan' di kantin ketika zaman 70an dahulu, zaman dulu ketika di kantin, papa kata anak-anak sekolah akan pesan mee kuning yang biasa di makan dengan kuah kari, tapi kuahnya diganti dengan kuah asam laksa," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedainya di Jalan Che Tak di sini.

Nor Sara berkata kafe yang diusahakan sejak Jun lalu itu juga, merupakan antara idea arwah bapanya yang pada mulanya mahu membuka cawangan kedua kafe 'Sarang Art Hub' seperti di Tanjung Malim.

Beliau berkata perkara itu bagi memudahkan pengunjung yang berada di Ipoh dapat merasai suasana seperti di kafe di Tanjung Malim.

"Selepas papa meninggal saya teruskan idea ini, namun masih secara kecil-kecilan kerana kekangan tenaga pekerja," katanya yang turut menjual menu istimewa seperti lempeng kelapa, lontong darat dan nasi lemak ayam rendang di kafe tersebut.

Nor Sara berkata kafe yang diusahakan bersama suaminya Amirul Ariff Abdul Wahab, 35, itu mengambil nama sempena nama anak sulung mereka Mohamad Ehsan Khalid Amirul Ariff, yang berusia setahun setengah.

Bercerita mengenai menu Mee Kari Kuah Laksa di kafenya, menu yang dijual dengan harga RM8.50 semangkuk itu, mengekalkan resepi ibunya yang gemar memasak laksa iaitu antara makanan kegemaran arwah bapanya.

Menu tersebut ialah mee kuning yang dicurah kuah asam laksa utara, beserta hirisan nanas, bebola ikan, telur rebus, salad dan perahan limau.

Dekorasi di kafe tersebut pula berkonsep vintaj dan dihiasi dengan poster-poster filem lama termasuk filem-filem arahan Mamat Khalid, gambar serta barang-barang tinggalan Allahyarham.

Pengunjung juga akan ditemani dengan lagu-lagu Melayu nostalgia dan zaman 70an sehingga 90an yang menggamit kenangan.

Menyentuh perancangan masa depan, Nor Sara berkata dia mahu memperkembangkan perniagaan tersebut termasuk memanjangkan waktu operasinya.

"Buat masa ini kafe beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap Selasa hingga Ahad, jika cukup tenaga kerja dan modal, mungkin boleh lanjutkan operasi sehingga malam menjual lebih banyak menu menarik," katanya yang menjalankan operasi kafe tersebut bersama empat pekerja. - BERNAMA

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia