web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bask Bear Pandu Lalu Pertama Malaysia Di Pejabat Pos Besar Melaka

Warga kerja Pos Malaysia pula akan mendapati potongan harga 15 peratus selama tempoh berkhidmat mereka di Pos Malaysia dengan hanya menunjukkan kad kerja.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 8:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika sebelum ini rangkaian kedai kopi Bask Bear mengumumkan cawangan ke-100 di pusat beli belah Suria KLCC, kini ia membuka cawangan pertama yang mempunyai kiosk pandu lalu, menjual kopi dan toasties di Pejabat Pos Besar Melaka (GPO).

Hasil kerjasama Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), Bask Bear, peneraju inovasi kopi terkemuka di Malaysia yang berinspirasikan beruang madu Malaya itu telah memilih bangunan ikonik berkenaa untuk memulakan perkongsian kiosk pandu lalu tersebut.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo menyifatkan kiosk pandu lalu itu sebagai satu langkah ke hadapan yang bermakna untuk mementingkan keselesaan pelanggan.

“Kami akan terus memberi tumpuan untuk melancarkan lebih banyak kiosk pandu lalu di sebanyak lokasi yang mungkin dan kami merancang untuk mengakhiri tahun ini dengan tujuh buah kiosk pandu lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan reka bentuk yang kompak, kiosk pandu lalu GPO membolehkan Bask Bear melayan pelanggannya dengan santai.

Ia juga menyediakan ruang yang mencukupi untuk beberapa bilangan kenderaan sekaligus menawarkan pengambilan pesanan yang cepat dan mudah.

Reka bentuk bangunan yang strategik ini juga mampu menampung ramai pelanggan untuk mengunjungi cawangan GPO.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata pencapaian, perkhidmatan terkemuka pasaran dan rangkaian Pos Malaysia terletak pada teras transformasi yang diadakan.

“Kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia memilih untuk berhubung dengan kami melalui lebih 630 cawangan Pos Malaysia setiap bulan, kami telah memberi penglibatan sepenuhnya dalam menunaikan kewajipan mentransformasikan syarikat luar biasa yang berusia 200 tahun ini. 

“Saya amat bangga untuk mengalu-alukan Bask Bear ke rangkaian Pos Malaysia ketika kami mengembangkan lagi perkhidmatan sedia ada untuk menawarkan perkhidmatan kepada setiap pelanggan sama ada secara langsung atau tidak langsung sekaligus kekal relevan untuk dua abad yang akan datang,” katanya.

Bask Bear kini menawarkan promosi eksklusif untuk pelanggan-pelanggan Pos Malaysia iaitu potongan harga 50 peratus untuk pembelian minuman apabila mereka menunjukkan resit dari pejabat pos.

Promo ini hanya sah sehingga 23 November 2023.

Warga kerja Pos Malaysia pula akan mendapati potongan harga 15 peratus selama tempoh pekerjaan mereka di Pos Malaysia dengan hanya menunjukkan kad kerja masing-masing. – Getaran, 10 November 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia