web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aura Vintaj Di Kodar Cafe

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2023 4:19PM

Bahagian depan Kodar Cafe di Jalan Sultanah Zainab berhampiran Pasar Kubang Pasu, Kelantan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Deretan beberapa kedai kayu lama era 1950-an di Jalan Sultanah Zainab berhampiran Pasar Kubang Pasu, di sini kelihatan usang pada pandangan mata kasar namun tumpuan pasti terarah kepada sebuah kedai kopi di lokasi berkenaan yang tidak putus-putus menerima kehadiran pelanggan.

Sebaik melangkah masuk susun atur meja dan kerusi aluminium klasik serta barangan kedai kopi antik atau vintaj menghiasi hampir semua sudut kafe itu, pastinya sudah menjawab persoalan kenapa ia menjadi tumpuan ramai.

Dekorasi vintaj membawa suasana unik. - gambar BERNAMA
Dekorasi vintaj membawa suasana unik. - gambar BERNAMA

Bercakap kepada Bernama, pemiliknya Muhamad Faiz Rushdi, 36, berkata 'kodar" dalam dialek Kelantan bermaksud "sekadar".

"Jadi Kodar Cafe membawa erti 'Sekadar Cafe'. Niat asal saya cuma 'main-main' buka kedai kopi kecil dengan menu yang ringkas serta murah seperti roti bakar, laksa, laksam dan air oren botol yang dijual pada harga biasa (tidak terlalu mahal).

"Sebab itu juga saya menyewa kedai kayu lama dan kelihatan usang ini untuk dapatkan 'vibe' vintaj serta sesuaikan dengan konsep Kodar Cafe,' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Muhamad Faiz yang merupakan seorang pengumpul barangan klasik dan vintaj berkata baru sebulan beroperasi, kedai kopi yang diusahakan bersama isteri serta seorang pembantunya itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan malah tular dalam media sosial.

Menurut beliau terdapat beberapa kafe dengan konsep vintaj di sekitar Kota Bharu, namun rata-rata beroperasi di bangunan atau kedai batu.

"Kodar Cafe berlainan kerana dibuka di kedai kayu usang, oleh itu saya kekalkan keadaan asal kejadian ini, cuma ada sedikit kos dikeluarkan sekitar RM8,000 melibatkan kerja-kerja pendawaian.

Radio lama dan almari kaca mempamerkan tin susu, milo serta roti antara susun atur yang nampak 'retro'. - gambar BERNAMA
Radio lama dan almari kaca mempamerkan tin susu, milo serta roti antara susun atur yang nampak 'retro'. - gambar BERNAMA

Dekorasi serta hiasan saya buat sendiri menggunakan sebahagian daripada koleksi barangan kopi antik atau vintaj yang sudah dikumpul sejak sekian lama," katanya yang berasal dari Kubang Kerian.

Muhamad Faiz berkata bagi menyesuaikan konsep vintaj semua menu turut dihidangkan menggunakan gelas dan pinggan klasik.

"Meja dan kerusi aluminium klasik pula diperoleh daripada seorang rakan di utara Semenanjung," katanya.

Katanya selain mendapat sambutan baik pelanggan, konsep kafe beliau turut diintai usahawan lain.

Nama 'Kodar' adalah dialek Kelantan bermaksud "sekadar", diusahakan oleh Muhamad Faiz Rushdi, 36. - gambar BERNAMA
Nama 'Kodar' adalah dialek Kelantan bermaksud "sekadar", diusahakan oleh Muhamad Faiz Rushdi, 36. - gambar BERNAMA

"Ada yang buat tawaran untuk sediakan mesin kopi supaya dapat tawarkan kopi jenama mahal kepada pelanggan, tetapi saya tolak sebab tak sesuai dengan konsep Kodar Cafe.

"Seperti saya beritahu tadi niat asal nak buka kedai kopi dengan menu murah dan ringkas," katanya sambil menambah Kodar Cafe dibuka pada setiap Selasa hingga Ahad bermula 6 petang hingga 11.30 malam. - BERNAMA

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia