Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MAGGI Lancar Kempen Meraikan Air Tangan Rakyat Malaysia

MAGGI menghargai ‘air tangan’ rakyat Malaysia yang mencipta dan menikmati sajian citarasa Malaysia sejak lima dekad yang lalu.

Selera Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 8:29PM

MAGGIE melancarkan kempen MAGGI® SAH Malaysia baru-baru ini.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selama lebih lima dekad, bermula 1969 hingga kini, MAGGI telah mendapat tempat istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia dengan produk seperti sos cili dan mi segera dua minit MAGGI.

Bahkan menjadi sebahagian penting daripada detik-detik indah mereka. Penulis masih ingat, ketika di sekolah rendah dahulu, dalam sebulan hanya beberapa kali kami adik-beradik dibenarkan menjamu selera dengan MAGGI.

Kami panggil hari ini, ‘Hari MAGGI. Apabila terkenangkan saat-saat ini, penulis berasa cukup bahagia. Banyak kenangan indah yang tercipta ketika ‘Hari MAGGI ini.

Penulis juga percaya, ramai lagi rakyat Malaysia yang punya cerita indah dengan mi segera kegemaran ramai ini.

Walaupun banyak jenama mi segera lain di pasaran, MAGGI juga yang menjadi sebutan. “Jom makan MAGGI”, walhal mi segera yang dimasak daripada jenama lain.

Maklum dengan ikatan istimewa bersama penggunanya, MAGGI baru-baru ini melancarkan kempen MAGGI® SAH Malaysia dengan tema ‘Air Tangan Kita, Citarasa Malaysia’ untuk menunjukkan kasih sayang menerusi ‘air tangan’ yang disediakan dengan sentuhan peribadi dalam setiap hidangan.

Dalam majlis sambutan baru-baru ini, MAGGI menzahirkan ‘citarasa’ Malaysia sebenar menerusi ‘air tangan’ rakyat Malaysia.

Seramai empat penggemar makanan dengan bangganya mengetengahkan ‘air tangan’ masing-masing dengan menyediakan hidangan lazat menggunakan pelbagai produk MAGGI.

Antara yang menarik perhatian ialah gandingan klasik, iaitu ayam masak merah dengan nasi tomato yang disediakan secara kreatif dengan sentuhan yang lebih sihat, dan juga transformasi sebungkus paket sederhana Mi Asam Laksa MAGGI kegemaran ramai yang diolah menjadi masakan asli Sabah menggunakan ramuan tempatan, jeruk tuhau.

‘Air tangan’ bukan sahaja bermaksud hasil masakan yang lazimnya disediakan untuk orang tersayang, ia juga mencerminkan keprihatinan dan kesungguhan rakyat Malaysia mengeluarkan setiap produk MAGGI.

Seorang penggemar berbangga menunjukkan hasil tangan menggunakan produk MAGGI.
Seorang penggemar berbangga menunjukkan hasil tangan menggunakan produk MAGGI.

Sememangnya Maggi dihasilkan oleh rakyat Malaysia, dengan dua kilang pengeluaran di Selangor dan Sarawak, yang bertekad membawakan citarasa tempatan kepada isi rumah di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, berkata pihaknya amat berbangga dengan seluruh rakyat Malaysia yang telah membina MAGGI dari generasi ke generasi.

“Daripada peladang Kelab Cili Nestlé yang bekerja dengan sepenuh hati di kawasan Pantai Timur, kepada cef-cef berbakat, rakan-rakan sekerja yang berusaha gigih di kilang, wakil-wakil jualan, tenaga pekerja promosi produk dan seluruh pasukan komersial kami yang mewakili citarasa terbaik Malaysia, kami amat menghargai jasa anda.

“Inilah caranya kami dapat membekalkan produk yang memenuhi jangkaan tinggi rakyat Malaysia secara konsisten, dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang,” katanya.

MAGGI juga mengiktiraf beberapa rakan sekerja berdedikasi yang telah berusaha gigih di belakang tabir untuk menyokong jenama kegemaran ramai ini.

Antaranya termasuk penanam cili seperti Noraini Ismail, yang sentiasa meningkatkan kemahiran dengan teknik perladangan baharu sejak 23 tahun lepas, untuk memastikan tanah yang diusahakannya sentiasa subur dan menghasilkan cili bermutu tertinggi untuk Sos Cili MAGGI.

MAGGI turut menghargai pekerjanya yang bertungkus lumus sejak sekian lama menjamin kualiti jenama kesayangan rakyat Malaysia ini.
MAGGI turut menghargai pekerjanya yang bertungkus lumus sejak sekian lama menjamin kualiti jenama kesayangan rakyat Malaysia ini.

Begitu juga dengan Pengurus Jaminan Kualiti Kilang, Mohd Khusaini Awang, yang sepanjang tempoh 27 tahun lepas telah menjamin kualiti dan keseragaman citarasa Mi Kari 2 Minit MAGGI yang digemari rakyat Malaysia.

Pada masa sama, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ivy Tan, berkata pihaknya amat berbangga dan bersyukur kerana berpeluang menjadi jenama sebutan ramai di Malaysia.

“MAGGI telah mencipta banyak kenangan indah dan manis dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi produk yang memberikan citarasa yang digemari ramai.

“Citarasa ini menjadi kebanggaan jenama kami kerana ia ‘air tangan’ rakyat Malaysia. Merekalah yang menyediakan sajian dengan penuh kasih sayang dan sentuhan peribadi, yang amat kami hargai.

“Baik MAGGI Kari Telur Pecah yang mudah dimasak untuk orang tersayang mahupun nasi beriani ayam untuk majlis kenduri yang menghimpunkan seisi keluarga, semuanya bertujuan mencetus kenangan manis yang dikongsi bersama,” katanya.

Sepanjang tempoh kempen ini, MAGGI mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah ‘air tangan’ mereka dengan tanda pagar #MAGGIAirTanganKita dan tag @maggi.malaysia.

Duta MAGGI, Sheila Rusly turut hadir memberikan sokongan.
Duta MAGGI, Sheila Rusly turut hadir memberikan sokongan.

Hantaran boleh dibuat dalam bentuk gambar atau video yang memaparkan resipi kegemaran atau detik indah dalam kehidupan mereka melibatkan mana-mana produk MAGGI.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen MAGGI® SAH Malaysia, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/. – Getaran, 14 Oktober 2023

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Jelajah 22 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN

Gaya 6 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN