Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bask Bear Coffee Kumpul Dana Biayai Beruang Madu Sebagai Haiwan Angkat

Pembukaan cawangan Ke-100 menjadi simbol kejayaan jenama tempatan selaku perintis kopi yang inovatif, hasil transformasi jenama maya kepada jenama kopi fizikal.

Selera Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 11:43AM

Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo dan maskot bergambar di hadapan cawangan Bask Bear Coffee ke-100 di pusat beli-belah Suria KLCC.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kopi yang dibancuh segar dan disajikan melalui 'tetingkap beruang' oleh 'Bear Paw' menjadi tarikan utama Bask Bear Coffee ketika pembukaan cawangan fizikalnya yang ke-100 di pusat beli belah Suria KLCC, baru-baru ini.

Menu khas Double Perfection Toastie.
Menu khas Double Perfection Toastie.

Beruang madu Malaya yang comel sebagai logo jenama Bask Bear Coffee menjadi tarikan peminat kopi dan susulan pembukaan cawangan terbaharunya itu, ia memperkenalkan menu khas Double Perfection Toastie. Ditawarkan dalam tempoh terhad, menu itu hanya boleh didapati di semua cawangan yang menyediakan hidangan roti bakar.

(Dari kiri) Ketua Pegawai Kewangan Loob Holding Sdn Bhd (Loob Holdings), Toh Mei Ling; Ketua Pegawai Pemasaran dan Digital Loob Holding, Ng Yau Chuan; Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo; Ketua Pegawai Operasi Suria KLCC Sdn Bhd (Suria KLCC), Francis Tan dan Pengurus Besar Suria KLCC, Ameer Thajudeen secara rasmi melancarkan karnival kedai ke-100 Bask Bear Coffee.
(Dari kiri) Ketua Pegawai Kewangan Loob Holding Sdn Bhd (Loob Holdings), Toh Mei Ling; Ketua Pegawai Pemasaran dan Digital Loob Holding, Ng Yau Chuan; Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo; Ketua Pegawai Operasi Suria KLCC Sdn Bhd (Suria KLCC), Francis Tan dan Pengurus Besar Suria KLCC, Ameer Thajudeen secara rasmi melancarkan karnival kedai ke-100 Bask Bear Coffee.

Sementara itu, pelancaran karnival berkenaan  adalah bagi meraikan kejayaan jenama perintis kopi inovatif Malaysia itu daripada sebuah jenama maya ketika pandemik kepada jenama kopi fizikal yang mendapat sambutan menggalakkan.

Sebagai satu-satunya jenama kopi yang diinspirasikan oleh keunikan beruang madu Malaya, Bask Bear Coffee turut menerajui usaha pemeliharaan beruang madu menerusi kempen ‘Save Sun Bear Fund’ yang dilancarkan bulan lalu. 

Ia bertujuan membantu membiayai  program pemeliharaan beruang madu di Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) di Sandakan, Sabah, dengan menjadikannya sebagai haiwan angkat. Susulan itu, karnival yang berakhir pada Ahad ini memilih tema ‘Beary Surprise’ dan Bask Bear Coffee akan menyumbang RM1 kepada BSBCC bagi setiap transaksi jualan mereka.

Bryan Loo mempamerkan perkhidmatan 'Bear Paw' di karnival cawangan ke-100 Bask Bear Coffee..
Bryan Loo mempamerkan perkhidmatan 'Bear Paw' di karnival cawangan ke-100 Bask Bear Coffee..

Sementara itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo melahirkan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia susulan kejayaan jenama itu membuka cawangannya yang ke-100.

 "Kami ingin menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua pelanggan hingga membawa kami hingga ke tahap ini. Sebaik sahaja pandemik berakhir, kami menetapkan semula sasaran iaitu membuka cawangan fizikal.

“Tahun lalu, kami menyasarkan untuk membuka cawangan fizikal ke-100 pada suku ketiga tahun ini dan ia berjaya dicapai," katanya.

B4 Kapsyen: Bryan Loo bersama maskot Bask Bear semasa karnival kedai ke-100 Bask Bear.

Katanya, jenama itu turut mempunyai 120 cawangan maya, menjadikan jumlah keseluruhan rangkaian adalah 220 cawangan termasuk dua cawangan utama Bask Bear Supreme.

Terdahulu, Bask Bear Coffee sudah mengambil beruang madu bernama Tenom di BSBCC sebagai haiwan angkat dan kini sedang mengumpulkan dana untuk mengambil beruang madu kedua sebagai haiwan angkat.

Bagi makluman pembaca, Bask Bear Coffee mempunyai hubungan rapat dengan Borneo susulan penggunaan gula Aren Borneo yang istimewa dalam koleksi minumannya. Gula ini diperoleh secara semulajadi dan dihasilkan oleh petani tempatan di Borneo. – Getaran, 6 Oktober 2023

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM