web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Roti Canai Malaysia, Roti Terbaik Di Dunia

Roti canai mendapat skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna di laman Facebook laman web  Taste Atlas

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 11:00AM

Roti canai sememangnya sering menjadi pilihan, sama ada sebagai sarapan, minum petang atau larut malam! - gambar Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menu sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia, roti canai telah dinobatkan sebagai roti terbaik di dunia oleh laman web Taste Atlas. Pengumuman ini telah dibuat oleh laman web ini menerusi akaun Instagramnya pada Ahad. 

Merujuk kepada carta yang dikongsi, roti canai mendapat skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna di laman Facebook laman web ini. Paling membanggakan apabila roti canai berjaya menewaskan roti-roti dari negara yang terkenal dengan pembuatan pastri iaitu Perancis dan Itali. 

Pada September 2022, Taste Atlas meletakkan roti canai di kedudukan pertama dalam senarai makanan jalanan terbaik di dunia. Sebagai rakyat Malaysia, pasti anda berbangga dengan pencapaian ini bukan? Jadi hidangan roti canai dari mana yang sentiasa dekat di hati?

Berikut adalah tiga restoran yang menghidangkan roti canai terbaik di Kuala Lumpur, seperti yang disenaraikan oleh laman web FoodAdvisor.

1. Mansion Tea Stall

Foto : Instagram @onlyprathamesh

Terletak di lokasi sibuk, Jalan Masjid India, Mansion Tea Stall beroperasi di gerai bersama dengan Restoran Noor yang pakar dalam Nasi Kandar. Kedua-dua gerai berkongsi ruang yang sama dan pelanggan duduk bebas memesan dari mana-mana gerai.

Gerai ini terkenal dengan Roti Banjir Istimewa. Anda mungkin menyangka bahawa roti banjir di sini adalah sama dengan yang ada di tempat lain, tetapi tidak! Nama juadah itu setanding rasa dan kualiti. Di sini, Roti Banjir Istimewa didatangkan dengan dua keping roti canai yang dibanjiri kuah dal, kari ikan dan beberapa jenis sambal.

Satu perkara yang mungkin gerai ini boleh perbaiki ialah tahap kebersihannya. Mungkin kerana beroperasi dalam waktu yang panjang, mereka terlepas pandang tentang perkara ini.  

2. Valentine Roti

Foto : Instagram @malaysiafoodandtravel

‘Best Roti Canai’, ini ayat yang tertera di papan tanda kedai mereka. Valentine Roti dinamakan sempena nama anak pengasas yang kini mengambil alih tempat itu. Beroperasi sejak tahun 1975, gerai yang terletak di Jalan Semarak ini menyediakan roti canai yang gebu dan manis. 

Rahsianya sebenarnya cukup mudah, mereka membuat doh sendiri dan bukannya doh dari kilang sejuk beku. Selain roti canai, ada juga roti planta, roti tisu, roti susu dan lain-lain lagi. Jangan lupa menikmati Roti Valentine mereka sendiri. Digelar Roti Sardin 2.0, Roti Valentine mempunyai tambahan kubis, bawang dan daun kucai yang dicincang untuk memberikan rasa cukup enak.

3. Restoran 123 Corner

Foto : Instagram @123_corner

Menjadi salah satu gerai yang paling popular di pinggir Kampung Sungai Penchala, Restoran 123 Corner adalah pilihan penduduk setempat yang menjadikan roti canai hidangan setiap hari. Roti canai di sini sangat lembut di bahagian dalam tetapi rangup di luar, menjadikan ia cukup sempurna. 

Dihidangkan bersama semangkuk kecil kuah dal, percayalah sekeping tidak mencukupi. Lebih-lebih lagi bila dinikmati bersama secawan teh tarik atau kopi. Selain roti canai, pelanggan juga boleh memesan roti boom, roti planta, roti sardin, roti bawang dan banyak lagi. Tentang harga, jangan risau. Masih murah. - Getaran, 13 September 2023

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 2 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden