web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KFC Tampil Menu Baharu Dengan Aroma Salai Yang Sedap hingga Menjilat Jari!

Diinspirasikan dari espetadas, hidangan tradisi Portugis yang terkenal dengan rasa salai sempurna, KFC Spicy Smoky Crunch ini menawarkan rasa salai Portugis dengan kehangatan ekstra.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Oct 2022 7:00PM

Gambar ihsan KFC Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KFC, Rangkaian restoran makanan segera yang terkenal dengan keenakan dan kerangupan ayam goreng kini tampil mempersembahkan menu baharu yang diyakini menambat selera penggemar setia.

Bagaikan memahami selera rakyat Malaysia yang gemar menikmati makanan pedas, KFC mengolah resipi ayam goreng hot & spicy mereka dengan menampilkan aroma salai, KFC Spicy Smoky Crunch!

Diinspirasikan dari espetadas, hidangan tradisi Portugis yang terkenal dengan rasa salai sempurna, KFC Spicy Smoky Crunch ini menawarkan rasa salai Portugis dengan kehangatan ekstra, tetapi dengan kerangupan yang sedap hingga menjilat jari!

Gabungan herba dan rempah ratus Portugis seperti paprika salai, lada benggala merah, bawang putih, lada hitam, dan serbuk tomato, bercampur dengan satu-satunya perasa hot & spicy ikonik ini pastinya menghasilkan pengalaman menjamu selera yang penuh nikmat pada setiap gigitan.

Jika anda bukanlah seorang yang biasa menikmati makanan pedas, tiada salahnya mencuba perasa terbaru ini. Tapi pastikan anda pesan pemanis mulut terbaharu, KFC Banana Chocolate Ball untuk meredakan kepedasan. Bebola emas rangup ini mempunyai inti coklat dengan ketulan pisang sebenar yang sudah pastinya melegakan lidah.

“Sebagai salah satu jenama yang disukai rakyat Malaysia, kami sentiasa memastikan ayam goreng kami memenuhi selera anda melalui penawaran inovatif waktu terhad.

“Kali ini, anda bakal menikmati pengalaman salai yang sedap hingga menjilat jari dengan KFC Spicy Smoky Crunch baharu yang ditawarkan dengan beberapa kombo nilai yang pasti memuaskan,” ujar, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling.

KFC Spicy Smoky Crunch dan KFC Banana Chocolate Ball kini boleh didapati di restoran KFC seluruh negara dalam pelbagai pilihan kombo dengan harga yang bermula dari RM17.49. Selain boleh menjamu selera di restoran, anda juga boleh membuat pesanan di pandu lalu, penghantaran ke rumah, dan ambil sendiri (self-collect).

Layari www.kfc.com.my atau muat turun aplikasi KFC untuk membuat pesanan. - Getaran, 12 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KFC Menggamit Nostalgia, Netizen Sebak Imbas Memori Di Waktu Kecil

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'Belanja Agong KFC, Nanti Boleh Cerita Kat Kawan'

4

TARA 3 tahun yang lalu

Buka Puasa Dengan Hidangan Memikat Selera

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi