Ramadan merupakan bulan yang meriah dengan pelbagai hidangan memikat selera. Bahkan, inilah masanya anda akan menemui makanan yang jarang dijual pada hari-hari biasa, terutama makanan tradisional.
Selain itu, pada bulan yang mulia ini jugalah rangkaian restoran atau kafe memperkenalkan menu baharu untuk pengalaman berbuka puasa menggembirakan. Tidak ketinggalan, jenama makanan dan minuman. Menariknya, ada di antara menu ini dipersembahkan pada masa yang terhad, pada harga istimewa.
Sebagai pengguna yang bijak, inilah masanya untuk anda merebut promosi yang ada. Selain boleh menikmati hidangan kegemaran, boleh juga jimatkan wang serta memudahkan tugasan di rumah.
Berikut adalah promosi makanan yang boleh anda jadi pilihan untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan kali ini.
.jpg)
1) KFC tampil menu ala Arab, teh tarik pun ada
Setiap tahun, pasti ada kelainan yang dipersembahkan, dan pada ramadan kali ini restoran makanan segera kegemaran ramai iaitu KFC mengangkat menu ala Arab yang sedap menjilat jari, KFC Arabian Spice Crunch baharu yang menggunakan rempah ratus Arab.
Dengan Arabian Spice Crunch, KFC membawa deria rasa anda ke pengembaraan eksotik Timur Tengah di mana gabungan aneka rempah ratus Arab yang beraroma harum seperti paprika manis, minyak zaitun, buah pelaga, dan banyak lagi menyaluti sempurna ayam goreng Hot & Spicy pilihan ramai.

Biarpun paduan rempah-ratus ini mencetuskan rasa yang agak ‘tajam’, namun ia cukup aromatik, mewah dengan rasa. Ada pedas, manis, dan salai (smoky), dan pasti ia mengundang kepuasan pada setiap gigitan rangup.
KFC Arabian Spice Cunch boleh didapati untuk waktu terhad di semua cawangan restoran KFC bermula pada harga RM17.49. Terdapat tiga set pilihan yang boleh anda pilih iaitu Kombo 2-ketul, Kombo 3-ketul, dan Box Meal.
Jika anda mahu menjamu selera dengan keluarga atau rakan-rakan, boleh dapatkan KFC Bucket Kongsi dengan nuget pedas baharu yang juga boleh didapati dalam Kombo 6-ketul, 10-ketul, atau 12-ketul.

Istimewa untuk penggemar teh tarik, terdapat pelbagai pilihan menu sahur yang disertakan dengan minuman popular ini. Bermula 23 Mac hingga 21 April 2023, hidangan sahur boleh didapati seawal jam 4 pagi di restoran KFC terpilih seluruh negara, di mana anda boleh mendapatkan hidangan sarapan penarik selera seperti Nasi Lemak KFC, Bubur Zinger, dan KFC Hot Teh Tarik.
2) Explore the Heart of Raya Daripada The Coffee Bean & Tea Leaf®
The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia mengundang rakyat Malaysia untuk Explore the Heart of Raya dengan memperkenalkan minuman dan menu bermusim yang serba baharu. Minuman buatan tangan yang tersedia di semua cawangan cafe ini pasti menggamit selera anda. Begitu juga dengan pelbagai pilihan makanan untuk berbuka puasa.

Pilihan kopi bermusim yang boleh anda pesan ialah Vanilla Cardamom Cold Brew Coffee (kecil RM15.90, biasa RM16.90) dan Cardamom Oat Milk Macchiato (panas/ais) (kecil RM19.50, biasa RM20.50).
Diseduh dengan pelaga yang penuh dengan aroma, rempah ini menambah kemewahan rasa minuman ini. Penggemar ais kisar, boleh cuba Mangoes & Cream Ice Blended® baharu (kecil RM17.90, biasa RM19.50).
Akhir sekali, peminat Cold Brew Tea boleh menikmati Mangoes & Cream Cold Brew Tea (kecil RM 16.90, biasa RM18.50) untuk musim lebaran ini. Minuman ini akan disajikan dengan whipped cream, menjadikan setiap hirupan lebih mulus dan enak.
Untuk pengalaman menjamu selera yang lebih lengkap, tahun ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® turut membawa kembali santapan kegemaran rakyat Malaysia, iaitu kek span berperisa pandan dan gula Melaka, The Straits. Ia diiringi dengan satu lagi pencuci mulut yang kaya dengan warisan negeri Melaka, iaitu kek suji bernama Pine-Lemon Sugee.
Selain itu, penggemar coklat atau buah-buahan, anda juga boleh memesan kek Midnight Chocolate dan Mangoes & Cheese Tart. Ada juga Baklava Delight, Fattoush Salad, Tortilla Chip with Hummus, dan Chicken Shawarma (disediakan di kafe-kafe terpilih sahaja* atau melalui pra-pesanan dalam talian).

3) Makanan lazat dan mudah disediakan daripada Tyson
Dari peti sejuk terus ke ketuhar. Hidangan daripada Tyson ini sangat memudahkan kerja-kerja di dapur. Terutamanya jika anda seorang ibu bekerja dan bergelut dengan kesesakan trafik sepanjang Ramadan ini.
Dengan masa yang terhad, Tyson memudahkan anda menyediakan menu berbuka! Tyson mempunyai pelbagai pilihan ayam beku yang siap dimasak serta 100 peratus Halal. Ini memberikan penyelesaian yang enak dan cepat untuk memudahkan waktu berbuka puasa anda di rumah. Ambil masa 15 minit sahaja untuk anda menikmati juadah berbuka yang lazat ini!
.jpg)
Produk ayam ini siap dimasak dan tidak perlu dinyah beku. Masak dengan menggunakan ketuhar gelombangan mikro atau goreng di dalam kuali. Buffalo Wing Stick dan BBQ Roasted Drumstick sesuai untuk apa-apa sambutan. Ia enak, lembut dan berjus. Pasti memikat selera mana-mana penggemar ayam. BBQ Roasted Chicken Drumstick juga merupakan produk yang ideal untuk versi masakan tempatan seperti Ayam Masak Sambal Kicap dan Masak Lemak Cili Api.
Seterusnya, Tyson turut mempunyai produk citarasa Jepun, Chicken Karaage yang sangat lembut, diperbuat daripada isi paha ayam berkualiti serta diperap dengan rempah ratus. Produk Tyson juga boleh dijadikan sebagai hidangan penuh dengan resepi yang mudah dan cepat untuk memastikan juadah berbuka tetap menarik dan hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk disediakan.
Produk Tyson boleh didapati di semua pasar raya besar serta hypermarket. Malah Tyson juga boleh didapati secara dalam talian.

4) The Chicken Rice Shop lancar menu baharu ‘Ayam Kilau’
The Chicken Rice Shop (TCRS) telah melancarkan menu baharunya iaitu Ayam Kilau yang pedas dan rangup untuk para peminatnya bulan ini. Tersedia sehingga 21 Mei 2023 di semua lokasi TCRS, hidangan istimewa ini boleh dipesan dalam tiga set berbeza – Meal A (set 1 orang), Meal B (set 2 orang) dan Meal C (set 4 orang).
TCRS berbesar hati melancarkan menu baharu ini untuk dinikmati bersama sama ada di restoran ataupun di rumah. Perkataan ‘kilau’ digunakan kerana ia mendapat inspirasi daripada seni pertahanan diri silat. Dimasak dengan gabungan perapan secukupnya, rasa Ayam Kilau melambangkan ‘keberanian’, apatah lagi apabila digandingkan pula dengan Sambal Hijau Kilau yang pastinya mengasyikkan.

TCRS amat menitikberatkan citarasa setiap pelanggannya, oleh itu mereka cukup komited untuk menyediakan pelbagai jenis menu bersesuaian dengan hari perayaan. Selain itu, TCRS bermatlamat untuk terus menginovasi menunya supaya ianya senantiasa dapat dinikmati demi menyemarakkan semangat perpaduan di Malaysia. - Getaran, 25 Mac 2023