web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Milk On Tap', Beli Susu Dalam Botol Kaca, Pulangkan Atau Isi Semula

Menerusi inisiatif ini, pelanggan yang membeli susu jenama ini boleh membeli susu segar dalam botol kaca yang boleh dipulangkan dan boleh digunakan semula.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 4:00PM

Gambar Hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pujian harus diberikan kepada Farm Fresh Berhad apabila tampil dengan inisiatif 'Milk On Tap @ Jaya Grocer' untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali-guna. Menerusi inisiatif ini, pelanggan yang membeli susu jenama ini boleh membeli susu segar dalam botol kaca yang boleh dipulangkan dan boleh digunakan semula.

Inisiatif yang merupakan kerjasama eksklusif bersama pasaraya Jaya Grocer ini bagaimanapun hanya tersedia untuk pelanggan yang mengunjungi Jaya Grocer 163 Retail Park, Mont Kiara. 

Di sini pelanggan boleh mendapatkan susu segar yang disalurkan ke dalam botol kaca Farm Fresh pada harga yang sama iaitu RM7.90 seliter dan perlu membuat bayaran RM3 sekali untuk setiap botol kosong.

Botol ini boleh dipulangkan pada pembelian seterusnya sebagai pertukaran dengan botol yang baru diisi.

Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Adelene Foo (kiri), dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Loi Tuan Ee (kanan), di kiosk yang melayani pelanggan - Gambar ihsan Ming, KH & Associates Sdn Bhd
Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Adelene Foo (kiri), dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Loi Tuan Ee (kanan), di kiosk yang melayani pelanggan - Gambar ihsan Ming, KH & Associates Sdn Bhd

Pada majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer Adelene Foo sempat menyatakan harapannya agar pelanggan menggunakan pilihan mesra alam ini untuk mengurangkan penggunaan plastik.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Farm Fresh dalam inisiatif yang berbaloi ini kerana kami berkongsi kebimbangan yang sama terhadap ‘kesihatan’ bumi. Kami percaya pelanggan kami turut prihatin dengan percambahan plastik sekali-guna,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Adelene tidak menolak pasaran gaya hidup segar itu akan mempertimbangkan untuk memperluaskan perkhidmatan ini kepada pelanggan di cawangan Jaya Grocer yang lain, bergantung kepada kejayaan projek perintis ini.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Loi Tuan Ee berkata, Farm Fresh telah mengambil pendirian dasar korporat untuk mengurangkan jejak karbon dan mengambil langkah proaktif untuk lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar. 

Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Adelene Foo (kiri), dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Loi Tuan Ee (kanan), dengan botol susu segar semasa pelancaran 'Milk on Tap @ Jaya Grocer' - Gambar ihsan Ming, KH & Associates Sdn Bhd
Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Adelene Foo (kiri), dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Loi Tuan Ee (kanan), dengan botol susu segar semasa pelancaran 'Milk on Tap @ Jaya Grocer' - Gambar ihsan Ming, KH & Associates Sdn Bhd

“Pada masa ini, 37 peratus  daripada perolehan kami datang daripada produk yang menggunakan pembungkusan yang boleh dikitar semula sepenuhnya. Kami menyasarkan untuk meningkatkan tahap itu pada masa hadapan.

“Menyalurkan susu segar kepada pengguna dalam botol kaca boleh guna-semula sudah diamalkan di negara Barat. Tujuannya bukanlah semata-mata untuk kesegaran susu, tetapi juga akan membantu menjadikan objektif sifar sisa lebih mudah dicapai,” tambahnya. - Getaran, 5 September 2022

Sorotan

1

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

2

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

3

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

4

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

5

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

6

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry