web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Termurah! Pasar Raya 'Online' Ini Mahu Bantu Ringankan Kos Hidup

Platform runcit dalam talian HappyFresh memperkenalkan 'pasar raya online' HappyFresh Supermarket bagi membantu meringankan beban lonjakan kos sara hidup dalam kalangan isi rumah.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 12:14PM

HappyFresh Supermarket menyediakan pengalaman membeli-belah runcit dalam talian yang mudah dengan penghantaran percuma - Gambar oleh Nooreeza Hashim

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam situasi yang serba mencabar ketika ini, rakyat Malaysia sentiasa mencari jalan untuk penjimatan. Jika tidak, kedudukan kewangan pasti sukar, terutamanya dalam kalangan mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.

Menyedari hakikat ini, platform runcit dalam talian HappyFresh pada Selasa lalu secara rasminya memperkenalkan HappyFresh Supermarket bagi membantu meringankan beban lonjakan kos sara hidup dan inflasi dalam kalangan isi rumah dengan menawarkan ‘Kempen Harga Termurah’.

Jenama itu menyasarkan untuk menyediakan pengalaman membeli-belah runcit dalam talian yang mudah dengan kemudahan penghantaran percuma dan tiada momen kehabisan stok. 

Sehingga hari ini, jenama ini mempunyai liputan di Batu Caves, Setia Alam, Petaling Jaya, Klang, Bangsar, Ampang dan Kajang, membolehkan akses kepada lebih 15,000 unit penyimpanan stok yang terdiri daripada produk segar, kering dan sejuk beku dalam inventorinya di tiga buah zon masing-masing dengan suhu yang dipantau rapi. 

Ketua Pegawai Pertumbuhan HappyFresh, Johan Antlov dalam sidang media baru-baru ini memberitahu pihaknya akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dan memastikan setiap produk yang sampai ke tangan pembeli adalah segar.

Ketua Pegawai Pertumbuhan HappyFresh, Johan Antlov - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Ketua Pegawai Pertumbuhan HappyFresh, Johan Antlov - Gambar oleh Nooreeza Hashim

“Kepelbagaian produk akan terus berubah untuk memenuhi keperluan pelanggan, dan semua item menjalani kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan kesegarannya," ujar Johan yang turut mengumumkan bahawa kawasan liputan akan diperluaskan dari semasa ke semasa.

Pada majlis pelancaran itu, mereka juga melancarkan kempen promosi pertengahan tahun – ‘Termurah di Bandar’, dengan diskaun sehingga 60% sehingga September hadapan.

Pelanggan boleh memaksimumkan penjimatan dan memperoleh lebih nilai untuk wang yang dibelanjakan bagi barangan runcit dengan menggantikan kerumitan membeli-belah tradisional dengan membeli-belah di hujung jari sahaja. Selain itu, penghantaran percuma disediakan untuk semua pelanggan baru atau lama.

Untuk maklumat lanjut dan kempen promosi terkini anda boleh layari laman sesawang platform runcit dalam talian ini. - Getaran, 11 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

OPR Naik Dorong Kerajaan Urus Perbelanjaan Secara Berhemat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

CUEPACS Mohon Gaji Minimum Penjawat Awam RM1,800

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan