web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Pesta Kopi Extended ‘ Kembali Atas Permintaan Ramai

Penganjuran kali ini akan bertempat di pusat beli-belah, The Curve, Damansara dan ia akan dijalankan dalam skala yang lebih besar berbanding dahulu.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 12:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu ini, peminat atau pencinta kopi boleh masukkan acara ini dalam senarai ‘aktiviti mesti buat’. Pesta Kopi Extended 2022 dibawakan kepada orang ramai selepas Pesta Kopi KL dan Pesta Kopi Melaka mendapat sambutan luar biasa.

Penganjuran kali ini akan mengambil tempat di pusat beli-belah, The Curve, Damansara dan ia akan dijalankan dalam skala yang lebih besar berbanding dahulu.

Dianjurkan oleh TF Studio dengan kerjasama The Curve sebagai rakan strategik dan Mister Coffee selaku rakan strategik utama, Pesta Kopi Extended 2022 akan berlangsung selama 3 hari bermula 1 hingga 3 Julai 2022. 

Mengekalkan konsep asal Pesta Kopi, Pesta Kopi Extended akan menghimpunkan 40 usahawan kopi tempatan dari seluruh negara untuk memperkenalkan produk minuman kopi masing- masing serta menunjukkan pelbagai cara dan seni penyediaan kopi masing-masing.

Antara yang terlibat ialah usawahan kopi dari Johor, Kelantan, Melaka , Kedah, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Mohd Nasir Abdul Rasyid - Gambar Alif Omar
Mohd Nasir Abdul Rasyid - Gambar Alif Omar

Bercakap kepada media, penganjur, Mohd Nasir Abdul Rasyid memaklumkan, secara ringkasnya Pesta Kopi Exteded ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian yang melibatkan usahawan trak makanan, bahagian usahawan kopi jalanan (street vendor) dan bahagian yang menjual barangan penyediaan kopi untuk pembeli yang berminat. 

“Acara kali ini akan lebih menonjolkan ‘coffee culture’ kepada orang ramai. Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pelbagai produk kopi yang dijual, mereka juga dapat melihat sendiri pelbagai cara penyediaan kopi menggunakan peralatan yang tepat daripada vendor yang turut serta.

"Peralatan yang dijual ini bukan hanya untuk kegunaan komersial, malah ia juga mampu dimiliki untuk penyediaan kopi di rumah,” ujar Mohd Nasir.

Mohamad Syahmi Mohamad Pozi - Gambar Alif Omar
Mohamad Syahmi Mohamad Pozi - Gambar Alif Omar

Sementara itu, Pengurus Projek Pesta Kopi Ventures, Mohamad Syahmi Bin Mohamad Pozi berkongsi, penganjuran kali ini pasti lebih menarik kerana pihaknya turut menganjurkan The Fastest Barista Challenge yang memberi peluang kepada barista berbakat untuk mempamerkan kemahiran mereka menghasilkan kopi terpantas mengikut jumlah yang ditetapkan.

“Pertandingan ini tidak ada pada penganjuran Pesta Kopi sebelum ini, dan atas sebab itulah ia mendapat sambutan hangat. Pendaftaran yang mula dibuka pada 20 Jun lalu sudah pun penuh.

"Selain pertandingan ini, banyak lagi aktiviti lain yang akan diadakan seperti demonstrasi dan tutorial cara-cara menghasilkan seni latte, tutorial pelbagai kaedah penyediaan kopi, tutorial pemilihan biji kopi yang tepat untuk jenis kopi yang ingin dihasilkan, dan semestinya acara cabutan bertuah untuk pengunjung. Semua aktiviti ini akan diadakan di pentas utama acara ini,” tambah Syahmi. 

Barisan penganjur dan peserta Pesta Kopi Extended 2022. - Gambar Alif Omar
Barisan penganjur dan peserta Pesta Kopi Extended 2022. - Gambar Alif Omar

Menurut pihak penganjur, objektif utama Pesta Kopi Extended, bukan sahaja untuk mempamerkan kopi sebagai trend gaya hidup semasa, tetapi mereka juga mahu memperlilhatkan seni penyediaan kopi artisan sebagai peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja yang mempunyai minat, terutamanya dalam kalangan anak muda.

Pesta Kopi Extended ini turut mendapat sokongan dan tajaan Rakan Strategik lain seperti DaVinci Gourmet, MN Coffee dan Rimba In Town dan Magnolia.

Ia merupakan Pesta Kopi terakhir anjuran TF Studio untuk tahun 2022. Acara Pesta Kopi selepas ini akan menjadi acara tahunan bagi menjaga kualiti penganjuran serta pengalaman pengunjung yang hadir ke Pesta Kopi.

Jangan lupa temujanji anda bersama Pesta Kopi Extented 2022 hujung minggu ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh ikut akaun Instagram mereka di @pestakopi. - Getaran, 30 Jun 2022

Gambar: Alif Omar 

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

2

TARA 2 tahun yang lalu

Bekerja Dari Kafe, 8 Pilihan Kafe Yang Boleh Dicuba di Pavilion Bukit Jalil

3

Selera 3 tahun yang lalu

Pengeluar Kopi Tertua Di Pulau Pinang Bersedia Untuk Berkembang Ke Seluruh Negara

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Import Kopi Korea Selatan Cecah 45.1 Peratus Pada 2022

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

5

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

6

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan